1,400 penuntut IHL jalani latihan di tempat kerja dalam sektor pengilangan sejak 2020
Anggaran Waktu Membaca:
![1,400 penuntut IHL jalani latihan di tempat kerja dalam sektor pengilangan sejak 2020 1,400 penuntut IHL jalani latihan di tempat kerja dalam sektor pengilangan sejak 2020](https://dam.mediacorp.sg/image/upload/s--0vIWA79a--/c_fill,g_auto,h_468,w_830/f_auto,q_auto/v1/berita-migration/manufacturing.png?itok=Kg-EBGNz)
(Gambar hiasan: TODAYonline)
SINGAPURA: Sekitar 1,400 penuntut institusi-institusi pengajian tinggi sudah menjalani latihan di tempat kerja dalam sektor pengilangan sejak 2020.
Program yang dikendalikan Pusat Pengilangan Semula dan Teknologi Lanjutan A*STAR bertujuan mengembangkan dan melatih tenaga manusia untuk menyokong transformasi pengilangan Singapura.
Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng mendedahkan demikian sempena sambutan ulang tahun ke-10 institut penyelidikan tersebut.
Dr Tan mengulas tentang peri pentingnya melaksanakan rangka kerja untuk menempatkan para pelajar dalam tenaga kerja pengilangan, selain mengadakan kurikulum yang sesuai di sekolah.
Dr Tan menambah, inisiatif-insiatif yang menyokong rancangan untuk mewujudkan tenaga kerja pengilangan yang kukuh, akan mengukuhkan lagi kedudukan Singapura sebagai hab pengilangan global yang berdaya saing.

Sumber : CNA/ZM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.