140 peringatan dikeluarkan hari pertama pelaksanaan peraturan pulangkan dulang di kedai kopi, pusat makanan
Kira-kira 140 peringatan dikeluarkan kepada pelanggan kedai kopi dan pusat makanan pada hari pertama pelaksanaan peraturan memulangkan dulang dan pinggan mangkuk di tempat yang disediakan.

Gambar: TODAYonline
SINGAPURA: Kira-kira 140 peringatan dikeluarkan kepada pelanggan kedai kopi dan pusat makanan pada hari pertama pelaksanaan peraturan memulangkan dulang dan pinggan mangkuk di tempat yang disediakan.
Peraturan serupa sudah dilaksanakan di pusat-pusat penjaja sejak 1 September lalu.
Para pegawai bergerak dari meja ke meja untuk mengingatkan pelanggan supaya memulangkan dulang dan pinggan mangkuk mereka apabila selesai menjamu selera.
Ramai pelanggan yang berbuat demikian meskipun ada yang meletakkannya di tempat yang salah.
Menurut Agensi Makanan Singapura, pegawainya akan menasihati pelanggan yang tidak memulangkan dulang mereka untuk berbuat demikian.
Mereka yang masih enggan berbuat demikian, tidak diberi amaran bertulis atau didenda serta-merta.
Sebaliknya, butiran peribadi mereka akan diambil untuk tindakan selanjutnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.