Skip to main content

Singapura

140 individu ComLink+ Bukit Merah dapat lebih banyak bantuan pendidikan

Anggaran Waktu Membaca:

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 10 Jan 2026 05:56PM Dikemas Kini : 30 Jan 2026 05:17PM
SINGAPURA: Sekitar 140 individu dari 35 buah keluarga di bawah ComLink+ di Bukit Merah akan mendapat lebih banyak bantuan dalam pendidikan mereka, selain bantuan bagi membangunkan bakat mereka dalam seni dan sukan.

Ini lanjutan kepada program UPLIFT di Jurong West, yang menyaksikan penyertaannya meningkat seganda sejak ia dilancarkan pada 2023.

Program UPLIFT kendalian syarikat UOL dan Hotel Pan Pacific itu menawarkan tuisyen matematik dan geran bakat dalam bidang seni dan sukan.

Para pelajar juga membina keyakinan dan kemahiran menerusi pelbagai aktiviti seperti memasak, tinju dan menari K-Pop.

Di Boon Lay, 96 peratus individu yang menyertainya mendapat kawan baharu dan ramai bermotivasi untuk lebih rajin belajar hasil anugerah yang diberikan.

Tahun lalu, ia menyokong lebih 80 pelajar dalam matematik dengan hampir separuh menyaksikan peningkatan gred masing-masing.

UOL dan Hotel Pan Pacific akan menyokong ComLink+ selama tiga tahun lagi, dengan S$150,000 disalurkan kepada sokongan akademik di Jurong West dan Bukit Merah.

"Kami mengalu-alukan peluasan ini bukan sahaja dari Jurong West, Boon Lay kepada Queenstown dan Bukit Merah, " kata Menteri Pendidikan Desmond Lee.

"Tetapi berharap ia dapat diterapkan kepada bahagian lain di Singapura, di mana pihak korporat, khidmat sosial, agama dan badan-badan sekular menyertainya, bukan hanya sebagai rakan individu, tetapi mahu menjadi penggerak - kecil atau besar.

"Bawalah semua orang bersama. Bawalah seluruh kejiranan bersama anda. Bawalah seluruh masyarakat bersama anda," tambahnya.
Sumber : CNA/NY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita