Skip to main content

Singapura

14 penghuni Singapore Boys' Home diberkas kerana merusuh

14 penghuni Singapore Boys' Home diberkas kerana merusuh, menurut polis pada Jumaat (28 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
14 penghuni Singapore Boys' Home diberkas kerana merusuh

Polis berkas 14 penghuni Singapore Boys' Home selepas mereka merusuh pada 28 Sep. (Gambar: Ahmad Khan)

Diterbitkan : 28 Sep 2018 10:18PM Dikemas Kini : 28 Sep 2018 10:22PM

SINGAPURA: 14 penghuni Singapore Boys' Home diberkas kerana merusuh, menurut polis pada Jumaat (28 Sep).

Pihak berkuasa menyatakan bahawa ia menerima panggilan kecemasan pada sekitar 5.50 petang hari ini (28 Sep), sambil menambah bahawa dua kakitangan lelaki rumah tersebut dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong kerana cedera ringan.

Seorang pegawai polis bantuan juga dibawa ke hospital, menurut Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).

MSF menambah, polis dikerahkan selepas sekumpulan penghuni "berkelakuan tidak terkawal".

"Siasatan polis terhadap kelakuan kumpulan budak-budak lelaki itu masih dijalankan," menurut polis dalam kenyataannya.

Singapore Boys' Home, yang terletak di Jurong West, adalah sebuah pusat tahanan juvenil yang dikendalikan MSF.

Pada 2016, tindakan 26 belia dari rumah tersebut yang mengurung diri mereka dalam bilik dan merosakkan harta-benda di rumah tersebut selepas percubaan mereka untuk melarikan diri gagal mencetuskan kebuntuan selama enam jam dengan pihak polis. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita