14 orang maut di tempat kerja dalam 6 bulan pertama 2023, lebih rendah berbanding 2022
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: 14 orang maut dalam kemalangan di tempat kerja dalam 6 bulan pertama 2023, lebih rendah berbanding 28 kematian pada tempoh yang sama pada 2022.
Demikian menurut laporan terkini Keselamatan dan Kesihatan di tempat kerja, Kementerian Tenaga Manusia (MOM).
MOM menyatakan kemerosotan jumlah kematian itu mencerminkan hasil positif daripada pelaksanaan Tempoh Keselamatan Yang Di Pertingkatkan antara September 2022 hingga Mei tahun ini.
Laporan terbaharu MOM mengenai Keselamatan dan Kesihatan Di Tempat Kerja menunjukkan 80 peratus kematian di tempat kerja berlaku dalam sektor binaan, pengangkutan dan penyimpanan.
Lebih separuh daripada kematian di tempat kerja berpunca kerana terjatuh dari tempat tinggi atau akibat kerosakan struktur dan peralatan.
Sementara itu, kejadian kecederaan serius adalah mantap sekitar 17.2 bagi setiap 100,000 pekerja.
Kejadian tergelincir dan terjatuh bagaimanapun kekal sebagai punca utama kecederaan serius di tempat kerja.
Ini diikuti oleh kejadian melibatkan mesin.
Mulai bulan hadapan, langkah-langkah seperti Sistem Mata Demerit yang sudahpun wujud dalam sektor binaan, akan diluaskan ke sektor pengilangan juga.
Ini selepas kedua-dua sektor itu kekal sebagai penyumbang utama bagi kejadian maut dan kecederaan serius di tempat kerja.

Sumber : CNA/AA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.