Skip to main content

Singapura

14 lelaki ditahan disyaki anggota kumpulan samseng susuli upacara persemadian di Boon Lay

14 lelaki ditahan polis pada Ahad (13 Jun) kerana disyaki menganggotai kumpulan samseng, susuli insiden kehadiran ramai orang di satu upacara persemadian di Boon Lay.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 15 Jun 2021 10:12AM Dikemas Kini : 15 Jun 2021 10:57PM

SINGAPURA: Seramai 14 lelaki ditahan polis pada Ahad (13 Jun) kerana disyaki menganggotai kumpulan samseng, susuli insiden kehadiran ramai orang di satu upacara persemadian di Boon Lay.

Polis menyatakan pada Isnin (14 Jun) bahawa lelaki-lelaki itu ditahan "kerana disyaki menganggotai kumpulan haram berhubung satu upacara persemadian".

Upacara pengebumian itu diadakan di Blok 191 Boon Lay Drive.

Polis juga menyatakan ia sedang menyiasat kemungkinan berlakunya pelanggaran langkah-langkah penjarakan selamat COVID-19 sewaktu upacara persemadian itu.

Siasatan sedang dijalankan.

Video-video di media sosial menunjukkan orang ramai berkerumun mengiringi sebuah keranda sedang ia diusung. Video-video itu juga menunjukkan orang ramai berkumpul di tempat letak kereta di mana kenderaan jenazah itu diletakkan.

Di bawah langkah-langkah COVID-19, hanya maksimum 20 orang dibenarkan menghadiri kesemua hari-hari upacara persemadian.

"Polis tiada tolak ansur terhadap sebarang kegiatan kongsi gelap dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang terkait dengan geng-geng sedemikian dan secara terang-terangan melanggar undang-undang," tekan pihak berkuasa.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita