Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

14 lelaki ditahan dalam operasi antidadah CNB

Anggaran Waktu Membaca:
14 lelaki ditahan dalam operasi antidadah CNB

Dadah terkawal, termasuk kokain dan ganja, dirampas di sekitar Upper Bukit Timah Road dalam operasi CNB yang dijalankan pada 10 Mac 2022. (Gambar: CNB)

SINGAPURA: Seramai 14 lelaki ditahan dalam operasi antidadah yang dijalankan pada 10 dan 16 Mac, menurut Biro Narkotik Pusat (CNB) hari ini (17 Mac).

Kira-kira 280 gram kokain, 54 gram ganja dan biji ganja, 33 pil Ecstasy dan 245 gram serbuk berwarna perang yang disyaki mengandungi dadah terkawal dirampas.

Suspek terdiri daripada tujuh warga Singapura dan tujuh warga asing berusia antara 28 dengan 61 tahun.

Pegawai CNB menahan seorang lelaki warga Singapura berusia 61 tahun di estet kediaman privet di kawasan Upper Bukit Timah Road pada 10 Mac. Dia diiringi ke kediamannya di estet yang sama, di mana seorang lelaki warga Singapura berusia 59 tahun turut ditahan.

Seorang lelaki warga Singapura berusia 32 tahun kemudian ditahan di kawasan kediaman yang sama.

Dalam operasi susulan pada 16 Mac, empat warga Singapura dan tujuh warga asing ditahan, dengan 40 gram ganja, tiga gram kokain dan 33 pil Ecstasy dirampas.

"Penyalahgunaan dadah adalah ancaman berterusan yang menyasarkan setiap bahagian masyarakat kita yang mudah terdedah. Ia mengenakan harga yang tinggi kepada penagih, keluarga mereka dan masyarakat kita," kata Superintenden Aaron Tang, pengarah Divisyen Perisikan.

"Mereka yang melawat atau tinggal di Singapura mesti mematuhi undang-undang kita. Jika mereka memilih untuk melanggarnya, mereka mesti bersedia untuk berdepan hukumannya," tambahnya.

Siasatan terhadap aktiviti-aktiviti dadah suspek sedang dijalankan, menurut CNB.

Jika seseorang didapati bersalah mengedar lebih daripada 30 gram kokain, dia boleh berdepan hukuman mati yang wajib.

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan