14 lagi unit kondominium mewah, pejabat Suntec Tower One dilelong
Anggaran Waktu Membaca:
South Beach ialah sebuah kompleks komersil dan kediaman di Beach Road. (Gambar: iStock)
SINGAPURA: Sebanyak 14 lagi unit kondominium mewah dan sebuah pejabat Gred A di Suntec Tower One yang dilucutkan hak milik berkaitan kes pengubahan wang haram terbesar di Singapura akan dilelong pada bulan September.
Hartanah berkenaan, yang terletak di kawasan utama seperti River Valley dan Orchard, akan dilelong firma hartanah Edmund Tie & Company (ETC) dan Knight Frank.
Sehingga pagi Khamis (3 Sep), sebanyak 25 hartanah disenaraikan untuk dilelong.
ETC akan melelong unit di South Beach Residences, 8 Saint Thomas dan Paterson Suites di UIC Building pada 23 Sep, menurut semakan Mediacorp.
Lima unit di South Beach Residences di Beach Road akan ditawarkan pada harga panduan antara S$4.45 juta (AS$3.5 juta) dengan S$25.32 juta.
Ia termasuk tiga unit dua bilik tidur, satu unit tiga bilik tidur dan sebuah penthouse empat bilik tidur seluas 6,727 kaki persegi di tingkat 42.
Satu unit tiga bilik tidur dan satu unit empat bilik tidur di 8 Saint Thomas, pembangunan pegangan bebas di River Valley, juga akan dilelong pada harga panduan masing-masing S$4.4 juta dan S$5.72 juta.
Di Paterson Suites, hartanah pegangan bebas berhampiran MRT Orchard, sebuah unit tiga bilik tidur akan ditawarkan pada harga panduan S$5.18 juta.

Knight Frank akan mengadakan lelongan pejabat Suntec Tower One serta unit di Sloane Residences dan Gramercy Park pada 17 September di pejabatnya di Ocean Financial Centre.
Pejabat seluas 3,498 kaki persegi di Suntec itu mempunyai harga panduan S$11.5 juta. Agensi berkenaan menyifatkannya sebagai ruang pejabat Gred A premium yang lengkap dan sedia untuk diduduki.
Dua unit tiga bilik tidur di Sloane Residences, hartanah pegangan bebas di Balmoral Road, mempunyai harga panduan antara S$3.6 juta dengan S$3.7 juta.
Sementara itu, satu unit dua bilik tidur dengan ruang belajar, satu unit tiga bilik tidur dan dua unit empat bilik tidur di Gramercy Park di Grange Road akan ditawarkan pada harga panduan antara S$3.8 juta dengan S$7.6 juta.
Selain Knight Frank dan ETC, SRI juga dilantik untuk mengendalikan lelongan 10 unit kondominium mewah di Martin Modern dan Wallich Residence setakat ini, dengan harga panduan antara S$2.238 juta dengan S$6.78 juta.
Beberapa hartanah terpilih juga akan ditawarkan untuk dijual melalui proses penyataan minat yang dikendalikan List International Realty, di luar proses lelongan.
Hartanah berkenaan adalah antara lebih 80 hartanah dan 1,000 barangan mewah yang dilucutkan hak milik dalam kes pengubahan wang haram bernilai S$3 bilion di Singapura.
Firma audit Deloitte menyatakan pada 29 Ogos bahawa aset berkenaan akan mula dilelong pada 7 September dan dijual secara berperingkat antara September 2026 hingga pertengahan 2027.
Deloitte, yang dilantik Pasukan Polis Singapura pada Julai 2025 untuk mengurus dan merealisasikan aset bukan tunai yang dilucutkan dalam kes itu, menyatakan komposisi dan jumlah barangan dalam setiap fasa masih sedang dimuktamadkan dan mungkin berubah sedang kerja pengesahan serta persiapan diteruskan.
Kes pengubahan wang haram itu terbongkar selepas serbuan di seluruh pulau pada Ogos 2023 mendedahkan wang berjuta-juta dolar yang diperoleh daripada kegiatan perjudian haram berpusat di Asia Tenggara.
Kesemua 10 pesalah, yang berasal dari China, telah disabitkan kesalahan dan dihantar pulang selepas menjalani hukuman masing-masing.

Sumber : CNA/LL/ll
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.