14 kanak-kanak PCF Sparkletots Toa Payoh East disyaki alami keracunan makanan
Seramai 14 orang kanak-kanak, yang berusia antara 3 dengan 6 tahun, jatuh sakit dan mengalami muntah-muntah dan cirit-birit semalam (1 Feb).
SINGAPURA: Seramai 14 orang kanak-kanak, yang berusia antara 3 dengan 6 tahun, jatuh sakit dan mengalami muntah-muntah dan cirit-birit semalam (1 Feb).
Kejadian itu berlaku setelah mereka makan makanan yang disiapkan oleh sebuah syarikat katering. Kanak-kanak yang terjejas berada di bawah penjagaan PCF Sparkletots di Toa Payoh East.
PCF menyatakan bahawa pihaknya mendapat bekalan makanan dari khidmat katering itu sejak November lalu, apabila tukang masak pusat tersebut berhenti kerja.
Makanan tengah hari itu disajikan untuk sekitar 40 kanak-kanak sekitar 11.00 pagi.
Kanak kanak yang terjejas mula menunjukkan tanda-tanda jatuh sakit selang beberapa jam kemudian pada sekitar 3.30 petang.
Menurut PCF, tiada kanak kanak yang dimasukkan ke hospital tetapi pusat tersebut sentiasa memantau keadaan dan masih menghubungi ibu bapa kanak-kanak yang terjejas.
Pusat itu sudahpun melaporkan mengenai kejadian berkenaan kepada Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) dan Kementerian Kesihatan (MOH).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.