Skip to main content

Singapura

14 individu diberkas disyaki anggota kongsi gelap susuli operasi di merata negara

Seramai 14 lelaki berusia antara 16 dengan 55 tahun diberkas kerana disyaki anggota kongsi gelap menyusuli beberapa operasi merata negara di pusat-pusat hiburan malam dan cawangan-cawangan makanan dan minuman (F&B), dedah polis pada Jumaat (15 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
14 individu diberkas disyaki anggota kongsi gelap susuli operasi di merata negara

Operasi penguatkuasaan di The Base Bistro di 401 Machperson Road. (Gambar: SPF)

Diterbitkan : 16 Oct 2021 09:51AM Dikemas Kini : 16 Oct 2021 09:55AM

SINGAPURA: Seramai 14 lelaki berusia antara 16 dengan 55 tahun diberkas kerana disyaki anggota kongsi gelap menyusuli beberapa operasi merata negara di pusat-pusat hiburan malam dan cawangan-cawangan makanan dan minuman (F&B), dedah polis pada Jumaat (15 Okt).

Operasi itu selesai dijalankan antara 29 September dengan 9 Oktober, bersama para pegawai penguat kuasa jarak selamat daripada Agensi Makanan Singapura (SFA) dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).

Pemeriksaan-pemeriksaan dijalankan ke atas 228 individu sewaktu opetasi antijenayah itu yang juga dilanjutkan ke pusat beli-belah dan sebuah tempat bermain biliard, menurut polis.

Sisatan ke atas kesemua 14 lelaki yang diberkas sedang dijalankan.

Operasi penguatkuasaan di Macpheson Mall. (Gambar: SPF)

Lima cawangan F&B juga didakwa melanggar langkah-langkah pengurusan selamat COVID-19.

Cawangan-cawangan tersebut adalah The Base Bistro di 401 Macpherson Road, The Sleeping Giants di 29 Sembawang Road, SMLJ Pub dan Mama Chin Nonya Cafe di Circular Road dan Phorage at 25 Church Street.

Empat cawangan pula dikenakan perintah tutup antara 10 dengan 20 hari dan didenda manakala The Sleeping Giants sedang disiasat kerana didakwa menyediakan hiburan di cawangannya.

Seorang penyelia di The Base Bistro pula disaman S$300 kerana tidak memakai pelitup manakala 13 individu di Phorage pula dikenakan notis denda sebanyak S$1,000 setiap seorang.

Sesiapa yang sabit kesalahan menganggotai kumpulan kongsi gelap berdepan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda maksimum sebanyak S$5,000 atau kedua-duanya sekali.

Beberapa individu disoal siasat di The Sleeping Giants di 29 Sembawang Road. (Gambar: SPF)

Mereka yang didapati bersalah melanggar langkah-langkah pengurusan selamat COVID-19 pula berdepan dengan hukuman penjara sehingga enam bulan, denda maksimum S$10,000 atau kedua-duanya sekali bagi sabitan pertama.

Polis menegaskan ia "tidak bertolak ansur sama sekali" terhadap kegiatan kumpulan kongsi gelap yang mengancam keselamatan, kententeram dan keamanan awam serta tidak akan teragak-agak untuk mengambil "tindakan tegas" terhadap mereka yang dikaitkan dengan geng-geng dan dengan sengaja menyalahi undang-undang.

"Orang awam juga dinasihati memandang serius langkah-langkah jarak selamat sedia ada". 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita