Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

131 warga baru terima sijil kerakyatan di Kelab Masyarakat Toa Payoh Central

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seramai 131 rakyat baru Singapura diraikan dalam satu majlis, di mana mereka menerima sijil kerakyatan bagi memulakan lembaran baru dalam kehidupan. 

Majlis Kewarganegaraan tahun ini berlangsung di Kelab Masyarakat Toa Payoh Central.

Semasa majlis tersebut, kesemua rakyat baru itu melafazkan ikrar negara dan menyanyikan lagu Majulah Singapura. 

Mereka turut menerima nasihat daripada Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen.

"Hari ini, Singapura menjadi tempat tinggal untuk anda dan keluarga anda, menjadi negara untuk keturunan anda, untuk anda pertahankan, hidup dan bahkan mati, jika perlu. 

"Masa depan anda akan saling berkaitan dengan (masa depan) Singapura. Jika ia berkembang maju dan berjaya, nasib anda juga mungkin bertambah. 

"Begitu juga jika para penduduk berpecah belah akibat persengketaan, ia juga akan menjejas anda," kata Dr Ng. 

Sumber : CNA/AI/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan