131 individu disiasat susuli operasi polis di pusat hiburan malam pada musim Krismas
Pusat-pusat hiburan malam di Sophia Road dan Orchard Road antara 29 cawangan-cawangan hiburan awam dan kelab malam yang disiasat menyusuli beberapa pelanggaran undang-undang.
Bilik peribadi di pusat KTV tidak berlesen ditemui dalam operasi bersama polis dan pelbagai agensi pada 24 dan 25 Dis 2021. (Gambar: SPF)
SINGAPURA: Pusat-pusat hiburan malam di Sophia Road dan Orchard Road antara 29 cawangan-cawangan hiburan awam dan kelab malam yang disiasat menyusuli beberapa pelanggaran undang-undang.
Ini selepas operasi bersama yang diterajui polis dijalankan semasa musim Krismas
Seramai 131 lelaki dan wanita, berusia antara 16 dengan 44 tahun, juga disiasat atas pelbagai kesalahan, menurut polis dalam kenyataan medianya pada Jumaat (31 Dis).
Polis, dengan kerjasama para pegawai daripada Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) menjalankan operasi yang menyasarkan pusat-pusat berlesen dan yang beroperasi secara haram antara 24 Disember hingga 25 Disember.
Empat pusat didapati melanggar undang-undang di bawah Akta Hiburan Awam dan melakukan pelanggaran berkaitan arak, COVID-19 dan undang-undang keselamatan kebakaran, dedah polis.
Salah satu daripada 29 cawangan yang diperiksa, iaitu pusat "berkonsepkan" KTV" dengan enam bilik peribadi, yang dipercayai tidak berlesen, ditemui di sebuah unit komersil di Sophia Road.
Sejumlah 52 individu berusia antara 20 dengan 44 tahun didapati berkaraoke dan meminum arak di unit berkenaan. Para pegawai menangkap salah seorang daripada mereka, iaitu seorang lelaki 22 tahun, yang dipercayai pengendali pusat tersebut.
Pihak polis menyatakan kesemua 52 individu juga disiasat kerana tidak mematuhi langkah-langkah jarak selamat. Begitu juga 55 indvidu lain yang ditemui di satu lagi unit komersil, yang juga terletak di Sophia Road.
Lagi 24 pelanggan di cawangan-cawangan di River Valley Road dan Orchard Road juga didapati bergaul antara satu sama lain dan juga disiasat kerana tidak mematuhi langkah-langkah jarak selamat.
"Polis akan terus mengambil tindakan penguatkuasaan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam kegiatan-kegiatan jenayah," kata Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis Cheong Chee Ming.
"Mereka yang didapati terlibat dalam kegiatan-kegiatan haram akan ditangani dengan tegas, mengikut undang-undang."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.