Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

13,000 keluarga lambat bayar bil elektrik; lagi 150,000 keluarga tertunggak bil air

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Apr 2022 06:00PM Dikemas Kini : 05 Apr 2022 09:18PM

SINGAPURA: Sekitar 13,000 keluarga rakyat Singapura lambat membayar bil elektrik manakala 150,000 lagi mempunyai bil air yang tertunggak.

Menteri Negara Kemampanan dan Sekitaran Desmond Tan berkata lebih 1,000 keluarga berhutang sekurang-kurangnya $250.

Pada masa yang sama, agensi air negara PUB sudahpun memasang alat pengehad untuk mengurangkan aliran air bagi mereka yang lambat membayar bil.

Ia bagaimanapun bukan bermakna bekalan air mereka dipotong sepenuhnya.

Para pelanggan yang berhutang lebih $400 ditawarkan skim Bayar Apabila Guna.

Keluarga-keluarga itu akan membuat prapembayaran kredit untuk menggunakan elektrik dan sebahagian pembayaran kredit itu akan digunakan untuk melunaskan hutang.

Satu skim yang sama diuji cuba melibatkan 50 keluarga yang lewat membayar bil air.

Sumber : CNA/RU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan