Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

13 orang kurang upaya terima Anugerah Enable Goh Chok Tong

Seorang arkitek berjaya adalah antara 13 orang kurang upaya yang diberi penghormatan di majlis penyampaian Anugerah Enable Goh Chok Tong tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Dec 2021 08:28PM Dikemas Kini : 03 Dec 2021 09:30PM

SINGAPURA: Seorang arkitek berjaya adalah antara 13 orang kurang upaya yang diberi penghormatan di majlis penyampaian Anugerah Enable Goh Chok Tong tahun ini.

Seperti ramai orang, Encik Richard Kuppusamy memulakan harinya mengikut satu rutin.

Dilahirkan dengan masalah pada tulang belakang arkitek ini memberi tumpuan kerjayanya bagi memastikan tempat-tempat boleh digunakan semua orang termasuk golongan kurang upaya.

Antara hasil kerjanya yang menyerlah ialah projek Kampung Admiralty, kompleks perumahan integrasi langkap yang pertama di Singapura.

Beliau juga merupakan Presiden Persatuan Rakyat bagi Golongan Kurang Upaya dan pengarah Dana Kebajikan Angkatan Bersenjata Singapura.

Sebagai menghargai sumbangan besar beliau, Encik Kuppusamy diberi Anugerah Pencapaian bersama dengan dua orang yang lain.

Sumber : CNA/AI/sm

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa