13 orang dibawa ke hospital susuli kemalangan di Tampines
Lebih 10 individu dibawa ke hospital selepas berlaku kemalangan di Tampines pada pagi Selasa (5 Ogos).
Kemalangan antara dua bas SBS Transit berhampiran persimpangan Tampines Avenue 2 dengan Tampines Avenue 7 pada 5 Ogos 2025. (Gambar: TikTok/143mindie)
SINGAPURA: Lebih 10 orang dibawa ke hospital selepas berlaku kemalangan di Tampines pada pagi Selasa (5 Ogos).
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai kemalangan itu pada sekitar pukul 10.20 pagi berhampiran persimpangan antara Tampines Avenue 2 dengan Tampines Avenue 7.
Kemalangan itu melibatkan dua bas dan sebuah kereta, menurut polis.
Seramai 13 orang berusia antara 30 dengan 69 tahun dibawa ke hospital dalam keadaan sedar, menurut polis.
Ini termasuk 12 penumpang bas dan seorang pemandu bas berusia 69 tahun.
Lima daripada mereka dibawa ke Hospital Besar Changi (CGH) dan lapan dihantar ke Hospital Besar Sengkang, menurut SCDF.
Siasatan polis masih dijalankan.
Dalam video yang dimuat naik ke media sosial, dua bas SBS Transit mengalami kerosakan dengan bas di belakang mengalami kesan yang teruk.
Para pegawai SCDF turut dilihat di tempat kejadian dan beberapa individu berada di tepi jalan raya berhampiran tempat kejadian.
Mediacorp sudah menghubungi SBS Transit untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.