Skip to main content

Singapura

13 orang dibawa ke hospital susuli kemalangan di Orchard Road

Seramai 13 orang dibawa ke hospital selepas berlaku kemalangan di Orchard Road pada pagi Rabu (28 Jan).
Anggaran Waktu Membaca:
13 orang dibawa ke hospital susuli kemalangan di Orchard Road

13 orang dibawa ke hospital susuli kemalangan di Orchard Road pada 28 Jan 2026. (Imej: TikTok/trueloveonly1)

Diterbitkan : 28 Jan 2026 12:31PM Dikemas Kini : 28 Jan 2026 12:35PM
SINGAPURA: Seramai 13 orang dibawa ke hospital selepas berlaku kemalangan di Orchard Road pada pagi Rabu (28 Jan).

Menjawab pertanyaan Mediacorp, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai kemalangan yang berlaku di persimpangan Orchard Road dan Orchard Link pada kira-kira pukul 6.20 pagi.

Enam orang dibawa ke Hospital Tan Tock Seng, manakala lagi tujuh orang dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH), menurut SCDF.

Lima orang mengalami cedera ringan tetapi enggan dihantar ke hospital, ia menambah.

Satu rakaman video yang dimuat naik ke media sosial menunjukkan sebuah lori dan kereta terbabas ke laluan jalan kaki, dengan bahagian depan kedua-dua kenderaan itu remuk dan sebuah bangku batu dilanggar.

Anggota paramedik dilihat memeriksa keadaan beberapa orang yang duduk di luar sebuah cawangan Adidas, dan beberapa kereta polis berada di tempat kejadian.

Mediacorp sudah pun menghubungi polis bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita