Skip to main content

Singapura

13 lelaki disiasat disyaki terlibat pertaruhan lumba kuda haram, langgar peraturan COVID-19

13 lelaki berusia antara 57 dengan 82 tahun disiasat kerana disyaki terbabit dalam aktiviti pertaruhan lumba kuda haram dan didakwa melanggar peraturan jarak selamat COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
13 lelaki disiasat disyaki terlibat pertaruhan lumba kuda haram, langgar peraturan COVID-19

(Gambar: SPF)

Diterbitkan : 08 Jul 2021 10:32PM Dikemas Kini : 08 Jul 2021 10:35PM

SINGAPURA: 13 lelaki berusia antara 57 dengan 82 tahun disiasat kerana disyaki terbabit dalam aktiviti pertaruhan lumba kuda haram dan didakwa melanggar peraturan jarak selamat COVID-19.

Dua operasi penguatkuasaan dijalankan di Woodlands dan Marsiling masing-masing pada 3 Julai dan 7 Julai.

Wang tunai berjumlah lebih S$3,100, dua telefon bimbit dan perkakas pertaruhan dirampas, menurut polis dalam satu kenyataan media pada Khamis (8 Jul).

Aktiviti pertaruhan haram itu berlaku di tempat-tempat awam di Woodlands Street 82 dan Marsiling Rise, menurut polis, sambil menambah bahawa siasatan terhadap kesemua lelaki itu masih dijalankan.

Mereka yang didapati bersalah membuat pertaruhan dengan penerima taruhan boleh didenda sehingga S$5,000, dihukum penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Mereka yang didapati terlibat menerima taruhan boleh didenda antara S$20,000 dengan S$200,000 serta hukuman penjara maksimum lima tahun.

Polis mengingatkan orang awam supaya mengambil serius peraturan jarak selamat sedia ada. Mereka yang didapati bersalah tidak mematuhi peraturan itu boleh dihukum penjara sehingga enam bulan, denda sehingga S$10,000, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita