Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

13 kes COVID-19 di Mandarin Orchard disiasat kerana berpotensi saling berkaitan

Kementerian Kesihatan (MOH) sedang menyiasat 13 kes COVID-19 yang menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) di hotel Mandarin Orchard Singapore selepas mereka didapati mempunyai "keserupaan genetik yang tinggi" walaupun mereka datang dari negara-negara berlainan.

Anggaran Waktu Membaca:
13 kes COVID-19 di Mandarin Orchard disiasat kerana berpotensi saling berkaitan

(Gambar: Google Street View)

Diterbitkan : 19 Dec 2020 05:07PM Dikemas Kini : 19 Dec 2020 05:23PM

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) sedang menyiasat 13 kes COVID-19 yang menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) di hotel Mandarin Orchard Singapore selepas mereka didapati mempunyai "keserupaan genetik yang tinggi" walaupun mereka datang dari negara-negara berlainan.

MOH dan Lembaga Pelancongan Singapura (ST) menyatakan pada Sabtu (19 Dis) ini mencadangkan bahawa kes-kes itu "mungkin dijangkiti dari sumber yang serupa".

MOH juga menyatakan bahawa ia tidak mengecualikan jangkitan berlaku di Mandarin Orchard.

Sebagai langkah berjaga-jaga, hotel itu secara serta-merta tidak lagi menerima pelanggan baru dan kesemua pelanggan yang menetap di hotel itu akan didaftar keluar, demikian menurut MOH dan STB dalam satu kenyataan media.

Mereka yang sedang menjalani notis SHN di hotel itu akan dipindahkan ke satu lagi kemudahan khusus.

"Hotel itu sudah membuat aturan untuk mendaftar keluar para pelanggan secara bertahap-tahap," demikian menurut pihak berkuasa.

Restoran dan ruang acara dalam hotel itu akan ditutup.

13 KES DARI NEGARA-NEGARA BERLAINAN

"13 kes import yang disahkan dijangkiti COVID-19 antara 2 Nov dengan 11 Nov, didapati mempunyai keserupaan genetik yang tinggi walaupun kes-kes itu tiba dari negara-negara berlainan, termasuk Bahrain, Kanada, Indonesia, Myanmar, Belanda, Filipina, Korea Selatan, Amiriah Arab Bersatu, Britain dan Amerika Syarikat," demikian menurut agensi-agensi itu.

"Ini mencadangkan bahawa kes itu kemungkinan dijangkiti dari sumber yang sama."

Siasatan lanjut oleh MOH mendapati bahawa kesemua 13 kes itu menjalani SHN di hotel Mandarin Orchard antara 22 Okt dengan 11 Nov.

"Siasatan epidemiologi dijalankan serta-merta bagi menentukan jika terdapat kemungkinan hubung kait antara kesemua 13 kes itu, dan bagi mengkaji jika jangkitan itu berlaku secara tempatan dan bukan dari negara asal mereka," tambah agensi-agensi berkenaan.

Mereka yang menjalani notis SHN diletakkan di menara dan tingkat yang ditetapkan di hotel itu, mengasingkan mereka dari para pelanggan yang lain dan tiada pergaulan berlaku antara mereka, menurut MOH dan STB.

Mereka dibawa menaiki kenderaan khusus untuk ke kemudahan khusus yang alternatif dan pembersihan serta pembasmian kuman secara menyeluruh akan dijalankan di hotel itu dengan rundingan bersama MOH dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

UJIAN

MOH memulakan "operasi ujian khas" untuk menguji sekitar 500 kakitangan hotel bagi COVID-19, menurut pihak berkuasa. Ini termasuk para kakitangan yang berkhidmat bagi mereka yang menjalani notis SHN, dan mereka yang melayan para pelanggan di bahagian hotel yang lain.

MOH dan STB menyatakan bahawa mereka yang sedang menjalani notis SHN di hotel itu turut akan diuji bagi menentukan status mereka, dan tidak perlu menunggu sehingga penghujung SHN bagi menjalani ujian swab.

"Para pelanggan yang menetap di Mandarin Orchard Singapore antara 11 Nov dengan 19 Dis dinasihati untuk memantau kesihatan mereka secara teliti selama 14 hari dari tarikh akhir mereka menginap di hotel itu.

"Mereka perlu berjumpa doktor dengan segera jika mereka mengalami simptom jangkitan pernafasan akut (seperti batuk, sakit tekak dan selesema), serta demam dan hilang deria rasa atau bau, dan memaklumkan kepada doktor akan sejarah pendedahan kepada virus itu," menurut kedua-dua pihak berkuasa. 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan