13 kes baru COVID-19 di S'pura, kesemuanya import
Sebanyak 13 kes baru COVID-19 dilaporkan setakat pukul 12.00 tengah hari pada Selasa (23 Mac), menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini awal hariannya.
(Gambar: Mediacorp)
SINGAPURA: Sebanyak 13 kes baru COVID-19 dilaporkan setakat pukul 12.00 tengah hari pada Selasa (23 Mac), menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini awal hariannya.
Kesemua kes pada hari ini adalah kes import yang dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah sebaik tiba di sini.
Tiada kes jangkitan tempatan dilaporkan di Singapura buat hari ke-11 berturut-turut.
Butiran lanjut mengenai kes pada hari ini akan diumumkan pada sebelah malam nanti.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.