13 karyawan muda bentuk kepimpinan baharu ke-12 MClub, Yuli Ardini Affandi dilantik Presiden
Seramai 13 karyawan muda daripada pelbagai latar belakang menerajui kepimpinan baharu MENDAKI Club (MClub) bagi penggal tiga tahun akan datang.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seramai 13 karyawan muda daripada pelbagai latar belakang menerajui kepimpinan baharu MENDAKI Club (MClub) bagi penggal tiga tahun akan datang.
Pelantikan barisan Jawatankuasa Eksekutif (ExCo) ke-12 itu menyusuli Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-26 kelab itu yang diadakan di The Exchange, Singapore Land Tower, pada 7 Mac.
Anggota ExCo baharu itu terdiri daripada karyawan muda dari sektor-sektor seperti perkhidmatan awam, kerja sosial, teknologi dan perundingan.
Menerajui pucuk kepimpinan selaku Presiden baharu ExCo ke-12 ialah Cik Yuli Ardini Affandi yang mengambil alih daripada Encik Danial Hakim.
Cik Yuli akan disokong Cik Azfarihin Aziz dan Encik Nur Hakim Nor Halim yang dilantik sebagai Naib Presiden baharu.
KEUTAMAAN EXCO KE-12: KEKAL BERDAYA SAING DAN PERKUKUH PEMBANGUNAN BELIA
Mengulas mengenai hala tuju jawatankuasa baharu itu, Cik Yuli berkata ExCo ke-12 akan memberi tumpuan kepada usaha memastikan program MClub terus memberi manfaat kepada masyarakat, di samping memastikan kelab itu kekal bermatlamat, berkesan dan bersedia menghadapi keperluan masa hadapan.
"Kami komited untuk membentuk para sukarelawan hari ini menjadi pemimpin masyarakat Melayu/Islam masa hadapan melalui program pembangunan kepimpinan dan peluang rangkaian," kata Cik Yuli.
Antara keutamaan lain termasuk memperkemas operasi dan pengurusan pengetahuan yang lebih kukuh.
Di luar peranannya dalam MClub, Cik Yuli merupakan seorang Rakan Kongsi Pembangunan Kanan di Enterprise Singapore (EnterpriseSG), di mana beliau menyokong perusahaan tempatan dalam bidang produktiviti, pengantarabangsaan dan pembangunan tenaga kerja.

Sejak menyertai EnterpriseSG pada 2021, beliau juga terlibat dalam beberapa inisiatif antarabangsa termasuk pelancaran Singapulah, sebuah konsep restoran bertema Singapura yang pertama di London serta pelbagai penglibatan perdagangan antara Singapura dan Eropah.
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Psikologi) daripada Universiti Nasional Singapura (NUS) itu juga pernah berkhidmat sebagai anggota Exco MClub dan pengarah pengurusan sukarelawan kelab itu.
EXCO KE-11 BERJAYA SOKONG 9,000 BELIA, SELARAS TENAGA SUKARELAWAN
Mengulas mengenai tempoh kepimpinannya sebagai Presiden MClub yang kini berakhir, Encik Danial berkata ia merupakan "satu penghormatan dapat berkhidmat bersama pasukan yang berdedikasi dalam usaha memperkasa masyarakat".
Sepanjang penggal lalu, Exco ke-11 telah memperkukuh asas MClub serta menajamkan tumpuan terhadap usaha memberi impak kepada masyarakat, kongsi Encik Danial.
"Saya yakin di bawah kepimpinan Yuli, Exco ke-12 akan meneruskan momentum ini dan membawa MClub ke tahap yang lebih tinggi,” kata beliau.
Di bawah kepimpina beliau, program MClub telah memberi manfaat kepada sekitar 9,000 belia — kira-kira 15 peratus lebih tinggi berbanding tempoh tiga tahun sebelumnya.
Bagi memastikan kemampanan kumpulan sukarelawan tanpa menjejaskan skala dan mutu program, jumlah sukarelawan turut diselaraskan kepada sekitar 300 mentor, penganjur dan sukarelawan ad hoc setahun, berbanding lebih 400 orang setahun pada 2021 dan 2022.

Senarai anggota ExCo MClub ke-12:
-
Presiden
Yuli Ardini Affandi -
Naib Presiden
Azfarihin Aziz -
Naib Presiden
Nur Hakim Nor Halim -
Setiausaha
Muhammad Faris Azzli -
Bendahari
Mohamad Saddiq Mohamad Sa’id -
Penolong Setiausaha
Siti Nurdzafirah Zainal -
Penolong Bendahari
Muhammad Zulkarnain Azman -
Anggota
Mohamed Mikhail Kennerley -
Anggota
Zulhilmi Zainal -
Anggota
Aleena Mansoor -
Anggota
Nurin Nazurah Saifudin -
Anggota
Siti Nurhazirah Othman -
Anggota
Farah Liyana Normal
Sumber : BERITA Mediacorp/BK/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.