13 individu kurang upaya diiktiraf Anugerah Upaya Goh Chok Tong
13 orang kurang upaya diiktiraf kerana pencapaian mereka di Majlis Anugerah Upaya Goh Chok Tong di Istana pada Rabu (3 Jul).
SINGAPURA: 13 orang kurang upaya diiktiraf kerana pencapaian mereka di Majlis Anugerah Upaya Goh Chok Tong di Istana pada Rabu (3 Jul).
Anugerah tersebut sebahagian daripada inisiatif Dana Enable Mediacorp yang memberi bantuan kewangan bagi memenuhi keperluan golongan kurang upaya.
Kesemua 13 penerima anugerah itu berusia antara 14 hingga 82 tahun.
Terdapat dua kategori anugerah yang diberikan.
Seramai tiga orang menerima Anugerah Upaya GCT (Pencapaian UBS) kerana pencapaian cemerlang dalam bidang masing-masing, dengan setiap seorang menerima S$10,000.
10 orang lagi diberi Anugerah Upaya GCT (Potensi UBS) bernilai S$5,000 bagi mendorong mereka mencapai kejayaan lebih tinggi.
Tetamu terhormat, Presiden Halimah Yacob berkata beliau percaya adalah penting juga untuk tidak melupakan peranan penting ahli keluarga dan para penjaga golongan kurang upaya itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.