Skip to main content

Singapura

13 disiasat atas perjudian haram, langgar langkah pengurusan selamat di Bukit Batok

Seramai 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 36 dengan 69 tahun disiasat kerana disyaki terbabit dalam kegiatan perjudian haram dan melanggar langkah pengurusan selamat, menurut polis pada Selasa (17 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
13 disiasat atas perjudian haram, langgar langkah pengurusan selamat di Bukit Batok

(Gambar: SPF)

Diterbitkan : 17 Aug 2021 02:37PM Dikemas Kini : 17 Aug 2021 02:38PM

SINGAPURA: Seramai 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 36 dengan 69 tahun disiasat kerana disyaki terbabit dalam kegiatan perjudian haram dan melanggar langkah pengurusan selamat, menurut polis pada Selasa (17 Ogos).

Para pegawai dari Divisyen Polis Jurong melancarkan operasi ke atas sebuah unit komersil di Bukit Batok Crescent pada sekitar 1.45 pagi pada 14 Ogos.

Para pegawai menemui 13 orang yang dipercayai sedang berkumpul dan terlibat dalam kegiatan yang berkaitan dengan perjudian.

Dua daripada suspek-suspek lelaki diberkas kerana dipercayai menggunakan unit itu sebagai sarang perjudian, menurut polis sambil menambah bahawa lagi lapan lelaki disiasat kerana dipercayai berjudi di tempat itu.

Perkakas berkaitan perjudian turut dirampas sebagai bukti kes.

Siasatan terhadap kesemua 13 individu itu masih dijalankan, menurut polis.

Sesiapa yang didapati menggunakan sesebuah tempat sebagai sarang perjudian akan didenda antara S$5,000 dengan S$50,000 dan dihukum penjara sehingga tiga tahun.

Mereka yang didapati berjudi di tempat sedemikian boleh didenda sehingga S$5,000, dipenjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Sesiapa didapati bersalah kerana melanggar langkah-langkah jarak selamat boleh didenda sehingga S$10,000, dihukum penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Polis menegaskan bahawa pihaknya memandang serius terhadap sebarang bentuk kegiatan perjudian haram.

"Polis akan terus mengambil tindakan penguatkuasaan tegas terhadap para pesalah mengikut undang-undang. Orang ramai dinasihatkan supaya jangan terbabit dalam sebarang bentuk perjudian haram dan mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat," tegas pihak berkuasa.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita