Skip to main content

Singapura

128 pegawai Home Team terima biasiswa tingkat kemahiran

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 22 Jul 2025 07:43PM Dikemas Kini : 22 Jul 2025 08:59PM
SINGAPURA: Lebih 120 kakitangan Home Team menerima biasiswa untuk melanjutkan pengajian mereka pada Selasa (22 Jul).

Ini termasuk dua pegawai yang akan menjalani program possiswazah baharu
yang diperkenalkan tahun lalu dalam bidang-bidang baharu, seperti kecerdasan buatan (AI), pendigitalan dan analitik data.

Selepas tamat pengajian mereka nanti, kakitangan Home Team akan disokong
oleh pelan latihan dan kursus bertahap di bawah Rangka Kerja Kecekapan Home Team.

Menteri Undang-Undang merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri Edwin Tong turut menyampaikan hadiah buku kepada tujuh pegawai, atas pencapaian akademik mereka dalam program Jaminan dan Keselamatan Awam di Universiti Sains Sosial Singapura (SUSS).

Salah seorang penerima biasiswa, Pengurus Pemulihan Masyarakat (COMC) Rafidah Mohamed Ayob berkata: "Biasiswa ini bukan sahaja satu peluang untuk mempertingkatkan pelajaran, tapi ia juga satu amanah untuk saya mengukuhkan lagi kepakaran saya dalam bidang sosial dan juga pemulihan masyarakat.

"Bagi saya dengan pemahaman yang lebih mendalam, ia dapat membantu saya untuk menjalankan peranan saya dengan lebih baik dan berkesan bagi membantu individu pulang ke pangkuan masyarakat, memperkukuh sistem sokongan sosial dan juga membantu membina masyarakat yang lebih inklusif, selamat dan juga berdaya tahan."
Sumber : CNA/NY/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita