128 individu bakal terima Anugerah Hari Buruh
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: 128 individu bakal menerima Anugerah Hari Buruh atas sumbangan mereka kepada gerakan buruh.
Mereka termasuk para pengurus, pekerja dan pemimpin kesatuan sekerja yang memperjuangkan kebajikan para pekerja.
Walaupun ia jarang bagi wanita menceburi industri keselamatan, ia tidak menghambat Cik Sivamani Taigrajan daripada terus cemerlang.
Beliau kini adalah ketua pegawai keselamatan di syarikatnya.
Ingin membantu lebih ramai wanita dalam bidang tersebut, Cik Sivamani aktif mendekati mereka untuk mendengarkan keprihatinan mereka.
Atas sumbangan tersebut, Cik Sivamani merupakan antara 34 individu yang menerima pujian sempena Anugerah Hari Buruh.
Lagi 94 individu juga bakal diiktiraf atas sumbangan mereka.
Ini termasuk Encik Tan Chong Meng, CEO Kumpulan PSA International.
Beliau akan menerima Pingat Emas, sebagai mengiktiraf peranan beliau menggalak perdagangan global yang mampan.
Encik Tan percaya, anugerah itu bakal menggalakkan lebih ramai untuk lebih giat membantu golongan yang memerlukan.
"Saya rasa anugerah ini agak luar biasa. Dan ia hasil program dengan tetap bertahun-tahun lamanya. Ia bukan sesuatu yang sekadar satu-dua episod. Ia harus menjadi inspirasi, saya harap orang lain akan turut berusaha jangka panjang bagi memupuk perikatan tiga pihak. Untuk syarikat menjadi lebih kukuh hasil kerjasama antara pihak kesatuan, pengurus dan para pekerja," kata Encik Tan.

Sumber : CNA/IQ/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.