12,656 isi rumah sertai skim beli balik pajakan HDB sejak 2009
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sekitar 12,656 keluarga menjual sebahagian daripada baki pajakan flat mereka kepada Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) setakat 30 Jun, dengan 90 peratus menerima antara S$100,000 dengan S$300,000.
Lebih separuh yang menyertai Skim Beli Balik Pajakan (LBS) tinggal di flat 3-bilik atau lebih kecil, menurut HDB menerusi satu kemas kini pada Selasa (13 Ogos).
Skim itu pertama kali diperkenalkan pada 2009 untuk membantu warga emas meraih pendapatan daripada flat bagi keperluan persaraan masing-masing.
Di bawah skim itu, penduduk lanjut usia semua jenis flat boleh menjual sebahagian pajakan flat kepada HDB dan memilih untuk mengekalkan tempoh pajakan dari 15 kepada 35 tahun, berdasarkan usia dan keperluan masing-masing.
Jumlah yang diraih akan digunakan untuk menokok akaun persaraan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) dan membeli pelan CPF LIFE, yang akan menyediakan mereka pendapatan bulanan sepanjang hayat. Sebarang baki pendapatan selepas tokokan akan dipulangkan kepada mereka dalam bentuk tunai.
Kadar penyertaan kekal stabil, pada kira-kira 1,680 isi rumah sepanjang lima tahun, menurut HDB.

Kira-kira 53 peratus 12,656 isi rumah yang menyertai skim itu tinggal dalam flat tiga-bilik atau lebih kecil, sementara sekitar 33 peratus tinggal di flat 4-bilik. Baki 14 peratus tinggal dalam flat 5-bilik atau lebih besar.

Sekitar 65 peratus isi rumah, memilih untuk mengekalkan tempoh pajakan 35 tahun dan 30 tahun. Lagi 30 peratus memilih 25 tahun dan 20 tahun. Baki penduduk mengekalkan pajakan 15 tahun.
Kira-kira 90 peratus menerima antara S$100,000 dan S$300,000 melalui skim itu.
Warga emas yang menokok Akaun Persaraan CPF (RA) dengan hasilnya juga menerima bonus - dari S$7,500 hingga S$30,000, bergantung kepada jenis flat dan berapa yang ditokok.
Mereka yang menokok S$60,000 atau lebih daripada keuntungan bersih akan menerima bonus penuh. Setakat 30 Jun, 93 peratus (11,716 isi rumah) menerima bonus penuh.
"Hasil menokok RA CPF, isi rumah di mana semua pemilik didaftarkan ke dalam pelan CPF LIFE menerima bayaran bulanan median sekitar S$1,000," menurut HDB.
SEWA RUMAH
Warga emas yang ingin menokok pendapatan persaraan tambahan boleh juga menyewakan seluruh flat atau bilik yang tidak terpakai, menurut HDB.
"Dari Januari hingga Jun 2024, terdapat 10,301 permohonan untuk menyewakan seluruh flat dan 21,219 permohonan untuk menyewakan bilik dalam keluarga lanjut usia," tambahnya.
Mereka boleh menyertai skim Bonus Perumahan untuk Warga Emas, yang diperkenalkan pada 2013 dan bertujuan membantu warga emas mendapatkan pendapatan persaraan tambahan, apabila mereka berpindah ke flat 3-bilik atau lebih kecil.
HDB menyatakan pihaknya akan terus menyemak keperluan perumahan warga emas untuk memastikan dasar-dasar perumahan kekal relevan dan responsif kepada keperluan dan pilihan mereka yang berubah-ubah.

Sumber : Today/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.