Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

12,419 kes baru COVID-19 di S'pura; 4 kematian

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 12,419 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Selasa (26 Jul).

Jumlah kes baru itu terdiri daripada 11,934 jangkitan tempatan dan 485‬ ‬kes import.

Empat kematian dilaporkan.

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru COVID-19 pada 26 Jul: 12,419
Kes baru tempatan: 11,934
Kes import: 485

Jumlah kes baru Protokol 2: 11,503

Ini terdiri daripada 11,056 kes tempatan dan 447 kes import.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 916‬ kes disahkan menerusi ujian PCR.

Sebanyak 878 adalah jangkitan tempatan, manakala 38 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,677,126

KEMATIAN

Kes kematian pada 26 Jul: 4

Jumlah kematian sejauh ini: 1,487

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 0.82, jatuh berbanding 0.94 semalam (25 Jul).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar melebihi 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin meningkat.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 727 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 757 yang dicatatkan semalam (25 Jul).

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 70

Dipantau rapi di ICU: 18

Seramai 8,063 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Isnin (25 Jul), 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah lengkap dua dos: 93 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 79 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan