Skip to main content

Singapura

1.22 juta isi rumah dapat baucar CDC S$100 mulai hari ini

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sehingga 1.22 juta isi rumah rakyat Singapura boleh mendapatkan baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) bernilai S$100 mulai hari ini (1 May).

Ia adalah tambahan kepada baucar S$100 yang diagihkan pada Disember lalu, di bawah Skim Baucar CDC 2021.

Agihan itu juga sebahagian daripada Pakej Bantuan Keluarga Tambahan berjumlah S$560 juta yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Lawrence Wong semasa Belanjawan Negara tahun ini.

Agihan baucar tahun ini dilakukan dengan lebih awal dalam usaha membantu penduduk menampung kos sara hidup yang kian meningkat.

Sejauh ini, lebih 1.1 juta isi rumah telahpun mendapatkan baucar 2021, berjumlah hampir S$85 juta.

Penduduk diberikan masa sehingga hujung tahun ini untuk menggunakan baucar yang diterima pada tahun lalu dan tahun ini, di kedai-kedai kejiranan dan gerai-gerai penjaja yang disertakan dalam skim tersebut.

Semasa pelancarannya pada Rabu (11 Mei), Menteri Kewangan Lawrence Wong memberi jaminan kepada penduduk, mereka akan menerima bantuan demi menangani harga barangan yang meningkat.

Encik Wong menambah, lebih banyak bantuan seperti rebat bil api air dan bil penyenggaraan majlis bandaran juga akan disediakan.

"Kita perlu bersiap sedia untuk menghadapi harga yang lebih tinggi buat suatu tempoh masa,"ujarnya.

"Namun yakinlah pemerintah akan terus melakukan yang terbaik untuk membantu mengurangkan kesannya terhadap rakyat Singapura terutama sekali bagi keluarga-keluarga berpendapatan rendah dan pertengahan," tambah beliau.

"Khususnya, kami akan terus memantau keadaan global dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut bagi melaksanakan lebih banyak langkah demi membantu keluarga-keluarga dan pihak perniagaan jika keadaan bertambah buruk."

Sumber : CNA/AI/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita