Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

12,000 pelajar menengah berpeluang saksikan muzikal di bawah program Pembelajaran Seni Persembahan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 21 May 2024 09:47PM Dikemas Kini : 21 May 2024 09:55PM
SINGAPURA: Hampir 12,000 pelajar sekolah menengah berpeluang menghadiri sebuah persembahan muzikal secara langsung tahun ini sebagai sebahagian daripada program Pembelajaran Seni Persembahan (PABL).

Ia sebahagian daripada usaha sektor pendidikan, menyuntik peluang menghargai seni dan budaya, secara lebih awal lagi.

Bagi sesetengah pelajar, ini merupakan kali pertama mereka berpeluang menyaksikan persembahan muzikal secara langsung.

Mereka di kalangan kumpulan pertama untuk menyaksikan konsert persembahan Singapore Symphony Orchestra di bawah program PABL.

Sepanjang konsert satu jam itu, mereka dihiburkan dengan lagu-lagu komposer terkenal antarabangsa seperti Manuel de Falla, Igor Starvinski serta Chen Zhangyi dari Singapura.

Namun, sebelum itu, para pelajar juga diperkenalkan kepada sejarah di sebalik Panggung Victoria dan etika konsert.

Mereka juga berpeluang belajar bermain guitar.

Di akhir konsert itu pula, para pelajar membincangkan pengalaman mereka.

"Saya berharap bahawa saya boleh lebih menghargai muzik-musik klasik, kerana saya jarang mendengarnya. Dan kemudian selepas konsert, saya berharap saya dapat menggunakan etika konsert yang dipelajari, jika saya menghadiri konsert pada masa hadapan," ujar pelajar Myra Nur Nisrina Mohammad Alfian, yang berpeluang menonton persembahan muzikal tersebut.
Sumber : CNA/AT/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan