12,000 pek sarapan diagihkan FairPrice Group kepada para pelajar Darjah 6
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA/Syamil Sapari)
SINGAPURA: Pengendali pasar raya FairPrice Group mengagihkan 12,000 pek sarapan kepada para pelajar yang akan menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) tahun ini.
Pengagihan tersebut dijalankan pada Jumaat (20 Sep) dan Sabtu (21 Sep) di 131 cawangan kedai serbaneka Cheers dan FairPrice Xpress merata negara.
Pelajar Darjah 6 yang menunjukkan kad pelajar atau slip peperiksaan PSLE mereka boleh menerima pek "Cheers Breakfast Club" bernilai lebih S$20.
Setiap pek mengandungi keperluan sarapan pagi seperti susu, bijirin, roti gandum, kaya, makanan ringan, tuna dalam tin,serta Brand's Essence of Chicken.
Setiap pelajar dihadkan kepada satu pek, dan diagihkan berdasarkan siapa cepat dia dapat dan bergantung kepada sama ada bekalan masih ada.
Kira-kira 9,200 pek diagihkan pada Jumaat.
Pada Sabtu, pukul 5:30 petang, semua pek tersebut habis diagihkan.
Sekumpulan pelajar yang mengambil pek hadiah itu di cawangan Cheers AMK Hub memberitahu Mediacorp mereka tertarik kepada minuman Milo.
"Kita berada di peringkat terakhir untuk belajar bagi peperiksaan. Pakej sarapan ini akan membantu mereka rasa bertenaga, kata salah seorang ibu bersama anak perempuannya.
FairPrice Group, pengendali pasar raya terbesar di Singapura, menyatakan ia mengambil kira keperluan pemakanan pelajar semasa menyusun pek sarapan tersebut.
Ia berharap inisiatif itu dapat membantu para pelajar mengekalkan fokus dan produktiviti mereka ketika mempersiapkan diri bagi peperiksaan.
CEO FairPrice Group Vipul Chawla berkata PSLE adalah masa di mana "kesejahteraan fizikal dan mental memainkan peranan penting" dalam kehidupan pelajar dan keluarga mereka.
Beliau menambah bahawa "pemakanan yang baik penting untuk mengekalkan keseimbangan yang sihat bagi kedua-dua faktor tersebut ... dan berharap ia dapat memberikan kanak-kanak itu sesuatu yang menceriakan mereka".
Peperiksaan bertulis PSLE akan bermula minggu depan, dari 26 September hingga 2 Oktober.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.