Skip to main content

Singapura

12,000 ejen AI dilancar bantu karyawan jagaan kesihatan SG automasikan tugas harian

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 24 Aug 2026 11:16PM Dikemas Kini : 09 Sep 2026 09:29PM
  • HealthTech Singapura melancarkan 12,000 ejen AI untuk membantu karyawan kesihatan automasikan tugas harian dan tingkatkan fokus kepada pesakit.
  • Ejen AI boleh dicipta dan disesuaikan mengikut keperluan tanpa memerlukan kemahiran teknikal tinggi.
  • Synapxe menekankan perlindungan data pesakit melalui dasar tanpa maklumat pengenalan diri dan kawalan keselamatan siber.
  • Menteri Negara Kanan Kesihatan menegaskan sistem kesihatan perlu direka semula agar dapat memanfaatkan AI secara optimum demi hasil kesihatan lebih baik.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Para pesakit boleh menjangkakan khidmat jagaan kesihatan yang lebih baik dan pantas dengan pelancaran 12,000 ejen kecerdasan buatan (AI) oleh agensi HealthTech Singapura.

Matlamatnya adalah untuk membantu karyawan jagaan kesihatan automasikan tugasan harian yang melibatkan pelbagai langkah, sekali gus membolehkan mereka memberi lebih banyak tumpuan kepada penjagaan pesakit.

Para karyawan jagaan kesihatan juga boleh mencipta dan menyesuaikan ejen AI berdasarkan keperluan tugasan masing-masing tanpa memerlukan tahap kemahiran teknikal tertentu.

PERLINDUNGAN DATA PESAKIT

Pengarah Data, AI dan Inovasi Synapxe, Andy Ta, berkata langkah perlindungan disediakan bagi memastikan data sulit, termasuk maklumat pesakit, tidak terdedah kepada ancaman.

"Kami sangat menggalakkan dan sudah melaksanakan dasar tanpa maklumat pengenalan diri, yang melangkaui amalan biasa, bagi memastikan data pesakit dilindungi.

"Terdapat juga beberapa kawalan keselamatan siber yang kami laksanakan untuk melindungi persekitaran platform tersebut," katanya.

Langkah perlindungan itu menjadi penting sedang penggunaan AI semakin meluas dalam sistem jagaan kesihatan awam Singapura.

SISTEM KESIHATAN PERLU BERKEMBANG SEIRING AI

Menteri Negara Kanan Kesihatan Tan Kiat How berkata kaedah untuk menguji, memantau dan mentadbir sistem AI perlu berkembang seiring dengan penggunaan teknologi tersebut.

Menurutnya, Singapura bukan sahaja perlu melihat bagaimana AI boleh dimanfaatkan dalam jagaan kesihatan, malah bagaimana sistem kesihatan itu sendiri boleh direka semula untuk memanfaatkan teknologi tersebut.

"Sejak beberapa tahun lalu, banyak perbincangan kita adalah tentang AI untuk kesihatan.

"Fasa seterusnya perlu juga tentang bagaimana kita mencipta kesihatan untuk AI," kata Encik Tan.

Beliau menambah ia bukan sekadar membangunkan sistem kesihatan bersama teknologi, tetapi mencipta semula sistem tersebut supaya dapat memanfaatkan AI dan menghasilkan hasil kesihatan yang lebih baik.
Sumber : CNA/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita