1,200 keluarga muda di Chai Chee terima bantuan dalam membesarkan anak-anak
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: 1,200 keluarga muda di Kampong Chai Chee hari ini (23 Sep) mendapat bantuan dalam membesarkan anak-anak mereka.
Pasangan yang mempunyai anak berusia 18 bulan ke bawah boleh memanfaatkan pelbagai sumber termasuk habuan barangan keperluan asas.
Sokongan itu dihulurkan menyusuli maklum balas daripada keluarga-keluarga yang meminta lebih banyak sokongan masyarakat.
Keluarga-keluarga berpendapatan rendah juga diberikan baucar barangan dapur.
Semua itu sebahagian daripada satu program bantuan baharu bernilai S$120,000 yang bertujuan membantu keluarga.
"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya sudah berinteraksi dengan para penduduk di Kampong Chai Chee dan ramai daripada mereka seperti saya, ibu bapa yang muda," kata Menteri Negara Kanan Pembangunan Negara Tan Kiat How.
"Mereka berkongsi dengan saya bahawa mereka mempunyai banyak persoalan mengenai anak-anak, pemakanan, cara menjaga anak-anak di rumah, malah bagi datuk dan nenek menjaga cucu.
"Maka itu, kami memutuskan untuk menyatukan sumber-sumber dalam masyarakat," tambahnya.

Sumber : CNA/IA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.