120 syarikat raih kepakaran AI di bawah inisiatif IMDA
Anggaran Waktu Membaca:

Dalam semangat berkolaborasi, Amazon Web Services akan membuka sebuah hab inovasi di pejabat keduanya di Singapura.
SINGAPURA: Sebanyak 120 syarikat terkemuka sudah meraih kepakaran dalam bidang kecerdasan buatan (AI) menerusi satu inisiatif yang dilancarkan tahun lalu.
Di bawah inisiatif itu, Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) bekerjasama dengan rakan-rakan industri seperti Amazon untuk membantu syarikat-syarikat matang tersebut menyesuaikan diri dengan kemajuan teknologi.
Satu daripada setiap empat syarikat sudahpun membuat pelaburan dalam huraian teknologi AI Generatif.
Menteri Negara Kanan Penerangan dan Pembangunan Digital Dr Janil Puthucheary berharap, lebih banyak syarikat akan menyertai inisiatif tersebut.
Beliau berkata: "Ia adalah ruang di mana mereka yang mengamalkannya dengan awal, mereka yang maju dengan lebih pantas, akan memiliki kelebihan daya saing.
"Kami perlu membantu mereka untuk menyertainya dengan menangani jurang kemahiran yang mereka mungkin miliki serta jurang kakitangan yang mungkin mereka hadapi tetapi yang paling penting, keyakinan dan keselesaan yang mereka perlukan untuk menggunakan huraian sedemikian dalam proses perniagaan mereka."
Dalam semangat berkolaborasi, Amazon Web Services akan membuka sebuah hab inovasi di pejabat keduanya di sini lewat tahun ini.
Kemudahan ini akan menghimpunkan syarikat-syarikat pemula, agensi-agensi pemerintah dan institusi-institusi pendidikan untuk membangunkan keupayaan teknologi masing-masing dan mempelajari daripada satu sama lain.
Amazon merancang untuk memperluaskan tenaga kerjanya di Singapura, dengan menawarkan lebih 100 pekerjaan dalam fungsi perniagaan awan dan korporat.

Sumber : CNA/AI/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.