Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

12 pusat prasekolah PCF bakal siap atau diperluaskan jelang 2023

Sejumlah 12 pusat prasekolah Yayasan Masyarakat PAP (PCF) akan siap dibina atau diperluaskan dalam tempoh dua tahun mendatang.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Jun 2021 08:08PM Dikemas Kini : 13 Jun 2021 08:57PM

SINGAPURA: Sejumlah 12 pusat prasekolah Yayasan Masyarakat PAP (PCF) akan siap dibina atau diperluaskan dalam tempoh dua tahun mendatang.

Ini sekali gus meluaskan keupayaan PCF Sparkletots untuk menampung lagi 4,000 murid bagi sesi sepanjang hari menjelang 2023.

Dalam pada itu, ibu bapa kini boleh membuat pendaftaran bagi pusat-pusat prasekolah PCF Sparkletots menerusi laman web www.pcf.org.sg/sparkletots/openhouse

Wadah berbilang media yang interaktif itu membolehkan ibu bapa meninjau kemudahan dan persekitaran pembelajaran di pusat-pusat PCF tertentu.

Ibu bapa juga boleh meneroka kurikulum dan program-program PCF Sparkletots menerusi video dan animasi di lelaman tersebut.

Sumber : CNA/ZM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan