12 penjualan kolektif dijangka bagi 2025: Penganalisis
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para pemerhati pasaran menjangkakan pasaran penjualan 'en bloc' atau secara berkelompok akan bangkit semula pada kadar sederhana tahun ini.
Ada yang menjangkakan akan ada sehingga 12 pelancaran penjualan kolektif tahun ini, naik daripada sekitar tujuh penjualan sedemikian tahun lalu.
Laguna Park sudah memulakan percubaan untuk melancarkan satu lagi penjualan secara berkelompok.
Mediacorp difahamkan, jawatankuasa penjualan kolektif daripada estet kondominium berusia 47 tahun itu, dalam proses memperoleh jumlah tandatangan yang mencukupi bagi mencapai 80 peratus persetujuan yang diperlukan.
Ini merupakan percubaannya yang kelima sejak 2007. Yang terakhir adalah pada 2021, yang menawarkan harga S$1.5 bilion.
Menurut agensi hartanah Huttons, ia menyaksikan peningkatan sehingga 30 peratus bagi pertanyaan mengenai penjualan secara berkelompok, berbanding tempoh sama tahun lalu.
Para penganalisis bagaimanapun memberi amaran, ini tidak bermakna pasaran semakin hangat.
CEO Kumpulan Realion Group Desmond Sim berkata: "Jika anda melihat pada Skim Penjualan Tanah Pemerintah bagi tempoh enam bulan akan datang, terdapat beberapa plot yang dipacu ke dalam pasaran.
"Bagi penjualan secara berkelompok, perkara utama adalah ia seharusnya unik untuk memikat para pemaju hartanah untuk membeli tapak itu, agar mereka boleh meletakkan harga yang sewajarnya apabila mereka membangunkan (tapak itu) dan melancarkannya pada masa hadapan."
Encik Sim berkata kejayaan penjualan Thomson View mungkin memainkan peranan dalam meningkatkan sentimen pasaran.
Urus niaga bernilai S$810 juta itu diluluskan Mahkamah Tinggi selepas empat percubaan penjualan secara berkelompok gagal.
Sebuah lagi pembangunan di Changi, iaitu Loyang Valley, berharap percubaannya akan membuahkan hasil.
Ia menetapkan harga S$880 juta bagi percubaannya yang ketiga.
Namun selain menetapkan harga yang realistik, prestasi projek-projek baharu kelak juga penting.
Ketua Pegawai Penyelidikan Mogul.sg Nicholas Mak berkata: "Ini bermakna sebaik mana pemaju dapat menjual rumah-rumah, sepantas mana mereka menjualnya dan berapa harganya.
"Jadi katakan jika dalam beberapa bulan akan datang, para pemaju dijangka melancarkan sebanyak 20 projek kediaman baharu ke dalam pasaran.
"Jika jualan mereka berjalan dengan baik, maka pemaju perlu menambah simpanan tanah mereka, dan sebahagian daripada mereka akan beralih kepada pasaran jualan kolektif swasta."
Para penganalisis meramalkan, ini mungkin memberi lebih banyak tekanan ke atas penjualan kolektif pada masa hadapan, memandangkan pembangunan lama akan mencapai tempoh akhir pajakannya.

Sumber : CNA/AI/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.