Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

12 penerbangan dilencongkan dari Lapangan Terbang Changi kerana cuaca buruk

Sebanyak 12 penerbangan dilencongkan dari Lapangan Terbang Changi sejak petang Jumaat (10 Jan) selepas gelombang monsun menyebabkan hujan berlarutan di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
12 penerbangan dilencongkan dari Lapangan Terbang Changi kerana cuaca buruk

Gambar fail: Roslan Rahman/AFP

Diterbitkan : 13 Jan 2025 04:21PM Dikemas Kini : 13 Jan 2025 04:23PM
SINGAPURA: Sebanyak 12 penerbangan dilencongkan dari Lapangan Terbang Changi sejak petang Jumaat (10 Jan) selepas gelombang monsun menyebabkan hujan berlarutan di Singapura.

Penerbangan yang dikendalikan oleh pelbagai syarikat penerbangan itu adalah dari destinasi termasuk Bangkok, Jakarta, Phuket dan Shanghai, kata Changi Airport Group (CAG) pada Isnin sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp.

Pesawat yang terjejas dilencongkan ke lapangan terbang serantau seperti Johor Bahru, Kuala Lumpur dan Batam.

Enam penerbangan bukan komersial menuju Lapangan Terbang Seletar telah dilencongkan ke Lapangan Terbang Changi, tambah CAG.

Sejak Jumaat, Singapura mengalami hujan yang berpanjangan, dengan hujan sederhana hingga lebat berlaku di banyak kawasan, kata agensi air nasional PUB dalam catatan Facebook pada Ahad. Cuaca hujan dijangka berlarutan sehingga Isnin.

Gelombang monsun merujuk kepada tiupan angin yang semakin kuat di Laut China Selatan, menyebabkan awan hujan yang luas terbentuk di kawasan sekitarnya.

Dari Jumaat hingga Sabtu, Changi mencatatkan jumlah hujan tertinggi iaitu 255.2mm. Jumlah ini lebih daripada purata hujan bulanan Singapura sebanyak 222.4mm pada bulan Januari, kata PUB.

Orang ramai dinasihatkan agar menggunakan aplikasi MyENV atau saluran Telegram Amaran Banjir PUB untuk menerima amaran hujan lebat, mengelak lokasi berisiko banjir dan mengikuti perkembangan amaran banjir.
Sumber : CNA/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan