Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

12 orang didakwa langgar langkah jarak selamat COVID-19 di Pulau Sekijang Pelepah

Seramai 12 orang didakwa di mahkamah pada Jumaat (2 Okt) kerana melanggar langkah-langkah jarak selamat semasa kunjungan sehari ke Pulau Sekijang Pelepah (Lazarus Island) pada Ogos.

Anggaran Waktu Membaca:
12 orang didakwa langgar langkah jarak selamat COVID-19 di Pulau Sekijang Pelepah

(Gambar: Google Maps Street View)

Diterbitkan : 02 Oct 2020 04:52PM Dikemas Kini : 02 Oct 2020 05:01PM

SINGAPURA: Seramai 12 orang didakwa di mahkamah pada Jumaat (2 Okt) kerana melanggar langkah-langkah jarak selamat semasa kunjungan sehari ke Pulau Sekijang Pelepah (Lazarus Island) pada Ogos.

Lima wanita dan tujuh lelaki itu masing-masing dikenakan satu dakwaan melanggar peraturan COVID-19 dengan menghadiri perhimpunan sosial dengan lebih daripada empat orang lain yang bukan dari isi rumah yang sama.

Mereka didakwa pergi ke pulau itu antara 11.00 pagi dengan 6.00 petang pada 8 Ogos dan melanggar larangan mengadakan perhimpunan sosial.

Mereka yang dituduh adalah: Warga Britain Jeff Richard Alexander, 31; Zoe Louise Cronk, 30; Joshua Adam Roth, 31; Lowri Mair Jeffs, 31; Edward John Joseph Lee-Bull, 32; William Edwin Dunford, 32; James Riby Oram Trimming, 30; Richard Henri Lagesse, 31; Helen Ann Sullivan, 30, and Paul Jonathon Gold, 32; warga Vietnam Luong Thi Thu Ha, 31, dan warga Singapura Natalie Joanna Sarkies, 29 tahun.

Mereka didakwa secara berpasangan pada Jumaat, dan semuanya diwakili, dengan tiga peguam hadir untuk membela beberapa tertuduh.

Peguam Gold berkata anak guamnya ingin mengaku bersalah, dan tarikhnya ditetapkan lewat bulan ini.

Peguam Luong membantah jumlah ikat jamin yang diminta oleh pendakwa raya, dengan berkata anak guamnya merupakan penduduk tetap selama 11 tahun dan mempunyai ikatan kuat Singapura.

Peguam bagi tertuduh yang lain cuba untuk meminta ikat jamin diketepikan untuk anak guamnya, namun gagal. Menurut pendakwa raya ikat jamin serupa dikenakan untuk kes sebelum ini yang mana beberapa orang didakwa kerana berhimpun di Robertson Quay.

Hakim memutuskan ikat jamin peribadi sebanyak S$2,000 bagi setiap tertuduh.

Penguasa Tanah Singapura, yang mengajukan tuduhan, menyatakan sebelum ini bahawa Pemerintah "memandang serius terhadap pelanggaran langkah jarak selamat".

Mereka yang disabitkan kerana melanggar peraturan COVID-19 boleh dipenjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$10,000, atau kedua-duanya. Denda boleh digandakan bagi pesalah berulang.

Perhimpunan sosial sehingga lima orang dibenarkan dalam Fasa 2 pembukaan semula Singapura, yang bermula pada 19 Jun.

Orang ramai harus menjaga jarak selamat sekurang-kurangnya 1 meter pada setiap masa. Sekiranya tidak dapat dilaksanakan atau praktikal, syarat 1 meter sebaliknya dapat dilaksanakan antara kumpulan yang tidak lebih daripada lima orang setiap satu kumpulan.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan