Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

1.2 juta isi rumah Singapura bakal terima kredit perbekalan S$100 jelang September

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Aug 2022 12:24PM Dikemas Kini : 26 Aug 2022 09:02PM

SINGAPURA: Kira-kira 1.2 juta isi rumah rakyat Singapura yang tinggal di hartanah awam dan privet akan menerima
Kredit Perbekalan Isi Rumah (HUC) menjelang bulan depan.

Semua isi rumah yang mempunyai sekurang-kurangnya satu warga Singapura layak menerima kredit S$100 itu yang diberi sekali sahaja dan akan dikreditkan langsung menerusi bil utiliti SP Group, kata Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan pada Jumaat (26 Ogos).

HUC merupakan sebahagian daripada pakej bantuan berjumlah S$1.5 bilion yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong pada Jun lalu, bertujuan membantu keluarga Singapura menampung kenaikan inflasi.

Bagi isi rumah yang membeli elektrik dari peruncit lain, mereka boleh menggunakan kredit HUC untuk membayar bil-bil perbekalan awam lain yang disediakan SP seperti air, gas dan khidmat pungut sampah.

Baki kredit boleh digunakan untuk membayar bil bagi bulan-bulan seterusnya hingga habis.

Menurut MOF HUC diberikan sebagai tambahan kepada Baucar GST tetap (GSTV) - U-Save yang memanfaatkan 950,000 isi rumah HDB.

Mereka yang layak akan menerima jumlah seganda rebat U-Save dalam tahun kewangan 2022 menerusi skim GSTV dan Pakej Bantuan Keluarga yang diumumkan semasa Belanjawan 2022, tambah MOF.

Secara keseluruhannya, keluarga di rumah 4 bilik HDB akan menerima rebat bil api air berjumlah sekitar lima bulan bagi tahun kewangan ini, manakala mereka yang tinggal di flat HDP 3 bilik, nilai rebatnya sebanyak tujuh bulan, jelas MOF. 

Sumber : CNA/SU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan