12 disiasat kerana disyaki terlibat surat peras ugut dengan gambar lucah palsu
Seramai 12 orang disiasat berhubung siasatan polis terhadap aduan yang dibuat baru-baru ini mengenai surat peras ugut yang mengandungi gambar lucah mangsa yang telah dimanipulasikan.
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: SPF)
SINGAPURA: Seramai 12 orang disiasat berhubung siasatan polis terhadap aduan yang dibuat baru-baru ini mengenai surat peras ugut yang mengandungi gambar lucah mangsa yang telah dimanipulasikan.
Tujuh lelaki dan lima wanita, berusia antara 18 dengan 46 tahun, dipercayai memberikan akaun bank dan kad SIM yang digunakan untuk melakukan peras ugut itu, menurut polis dalam kenyataan medianya pada Rabu (1 Mei).
Mereka "dipercayai terlibat sama ada untuk mendapatkan akaun bank bagi aktiviti jenayah atau memudahkan atau membantu memberikan akses tanpa kebenaran akaun Singpass, atau membeli dan menyerahkan kad SIM tempatan yang diperoleh melalui cara yang tidak sah", menurut kenyataan itu.
"Mereka dipercayai telah membantu memudahkan aktiviti jenayah sindiket skim penipuan luar negara."
Siasatan awal mendapati bahawa kesemua 12 individu itu dipercayai menerima atau dijanjikan upah atau ganjaran.
Sepanjang operasi selama dua minggu itu, sekurang-kurangnya S$115,000 yang disyaki adalah hasil kegiatan jenayah, di mana ada yang dipercayai terkait dengan kes skim penipuan yang lain berjaya diperolehi semula, menurut polis, sambil menambah bahawa beberapa alat elektronik turut dirampas.
Seorang wanita berusia 23 tahun akan didakwa di mahkamah hari ini (2 Mei) kerana membantu mendapatkan akses tanpa izin kepada bahan komputer di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer.
Jika didapati bersalah, dia boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.
170 ADUAN DITERIMA
Beberapa Anggota Parlimen (AP) adalah antara puluhan individu yang menerima surat peras ugut yang disertakan dengan gambar yang telah dimanipulasikan.
Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan serta Anggota Parlimen Tan Wu Meng dan Edward Chia menulis di Facebook pada 20 April lalu untuk mengatakan bahawa mereka telah menerima surat sedemikian dan aduan polis telah dibuat.
Lebih 170 aduan mengenai surat peras ugut sedemikian telah diterima antara Mac dengan April 2024, menurut polis pada Rabu.
Surat itu mengandungi gambar wajah mangsa yang disunting pada gambar lucah seorang lelaki dan seorang wanita yang kononnya "dalam keadaan intim dan mengaibkan".
Surat-surat itu juga memberi amaran tentang "padah yang akan ditanggung" jika mangsa tidak menghubungi alamat emel yang diberikan.
Jika mangsa menghubungi alamat emel tersebut, mereka akan diminta untuk memindahkan wang bagi mengelakkan "gambar dan video mengaibkan" itu dibocorkan dan disebarkan di media sosial, menurut polis.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.