12 didakwa langgar langkah jarak selamat COVID-19 di Pulau Sekijang Pelepah
Seramai 12 individu yang melanggar langkah jarak selamat COVID-19 di Pulau Sekijang Pelepah atau Lazarus Island akan didakwa pada Jumaat (2 Okt), menurut Penguasa Tanah Singapura (SLA).

(Gambar: Google Maps Street View)
SINGAPURA: Seramai 12 individu yang melanggar langkah jarak selamat COVID-19 di Pulau Sekijang Pelepah atau Lazarus Island akan didakwa pada Jumaat (2 Okt), menurut Penguasa Tanah Singapura (SLA).
Kumpulan itu berkunjung ke Pulau Sekijang Pelepah pada 8 Ogos, di mana mereka didakwa melanggar larangan terhadap sebarang perhimpunan melebihi lima individu yang tidak tinggal sebumbung, menurut SLA.
Perhimpunan sosial sehingga lima orang dibenarkan di bawah Fasa 2 pembukaan semula Singapura, yang bermula pada 19 Jun.
Sungguhpun demikian, para individu harus menjaga jarak selamat sekurang-kurangnya satu meter pada setiap masa. Jika tidak sesuai atau tidak praktikal untuk berbuat demikian, peraturan jarak satu meter sebaliknya boleh dilaksanakan antara kumpulan yang tidak melebihi lima orang.
Di bawah Akta (Langkah-Langkah Sementara) COVID-19 2020, para pesalah kali pertama boleh didenda sehingga S$10,000, dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali.
Hukuman mungkin digandakan terhadap para pesalah berulang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.