Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

110,000 ruang solat tarawih disediakan di 69 masjid sepanjang Ramadan

Anggaran Waktu Membaca:
110,000 ruang solat tarawih disediakan di 69 masjid sepanjang Ramadan

Gambar: Syawal Yusoff

Diterbitkan : 01 Mar 2024 07:52PM Dikemas Kini : 04 Mar 2024 12:24PM

SINGAPURA: Sebanyak 110,000 tempat disediakan bagi solat tarawih di 69 masjid sepanjang bulan Ramadan ini.

Ruang khusus untuk jemaah wanita juga disediakan di kebanyakan masjid.

Selain itu, beberapa ruang tambahan juga disediakan khusus untuk warga emas dan jemaah yang mengalami masalah sukar bergerak.

Qaryah-qaryah juga menyediakan sekitar 12,000 ruang solat setiap malam sepanjang Ramadan.

Dalam 10 malam terakhir Ramadan pula, sesi solat malam atau qiyamullail akan diadakan di masjid-masjid, termasuk ruang untuk jemaah wanita.

Demikian menurut Masjlid Ugama Islam Singapura (MUIS) dalam satu kenyataan medianya pada Jumaat (1 Mac).

KEGIATAN RAMADAN DI MASJID

Sejumlah masjid sudah memulakan kursus ulang kaji mengenai Ramadan melalui platform Pembelajaran Islam Dewasa (ADIL). Masjid-masjid akan terus menjalankan kuliah agama sepanjang Ramadan, dan sesi tazkirah serta tadarus selepas solat tarawih.

Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat berkaitan Ramadan tahun ini, masyarakat Islam boleh mengunjungi laman www.ourmasjid.sg/ramadan untuk mendapatkan maklumat mengenai sesi dan lokasi tarawih.

Selain itu, orang ramai boleh mencari program dan perkhidmatan berkaitan Ramadan yang lain seperti pengagihan bubur dan acara berbuka puasa yang ditawarkan masjid.
 

AMALKAN SIFAT BERTIMBANG RASA RAMADAN INI

Masjid-masjid berusaha untuk menerima kunjungan semua lapisan masyarakat, kata MUIS dalam kenyataannya itu.

Untuk memastikan keselamatan dan keselesaan jemaah, masjid akan terus mengamalkan langkah-langkah terbaik termasuk hanya membenarkan solat dan aktiviti lain di ruang yang ditetapkan.

MUIS juga menggalakkan jemaah agar berkongsi kenderaan ke destinasi mereka  dan mengamalkan tanggungjawab sosial dengan tidak meletak kereta secara sembarangan.

“Masjid-masjid kita akan terus meneroka cara untuk meningkatkan pengalaman Ramadan bagi jemaah kita," menurut MUIS.

Sumber : AGENCIES/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan