Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

110 disyaki pesalah dadah diberkas; dadah S$160,000 disita

Remaja lelaki 15 tahun dalam kalangan 110 orang yang ditangkap kerana disyaki pesalah dadah dalam operasi pihak berkuasa selama empat hari di seluruh negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Aug 2019 09:07PM Dikemas Kini : 23 Aug 2019 10:22PM

SINGAPURA: Remaja lelaki 15 tahun dalam kalangan 110 orang yang ditangkap kerana disyaki pesalah dadah dalam operasi pihak berkuasa selama empat hari di seluruh negara.

Biro Narkotik Pusat (CNB) juga menyita pelbagai jenis dadah bernilai lebih lebih S$160,000.

Dadah itu termasuk 1.2 kilogram 'Ice', lebih 200 gram heroin dan ratusan butir pil 'Ecstasy'.

Beberapa senjata juga ditemui seperti parang, belantan dan senjata renjat.

Operasi itu yang dimulakan pada Isnin lalu meliputi kawasan-kawasan seperti Ang Mo Kio, Clementi, Hougang, Punggol dan Tampines.

Sumber : CNA/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan