11 sekolah menengah & 4 institusi pengajian tinggi bakal meriahkan 'Mutiara Tari 2024'
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Buat kali kedua, Wisma Geylang Serai (WGS) dengan kerjasama Sri Warisan Performing Arts Ltd akan menganjurkan pertandingan tarian Melayu 'Mutiara Tari 2024'.
Acara tersebut yang akan berlangsung di Pentas Persada Budaya WGS dari pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang pada Sabtu (13 Jul) bermatlamat untuk melestarikan dan memartabatkan tradisi tarian Melayu dalam kalangan pelajar sekolah.
Ini di samping menyediakan platform untuk para pelajar mempamerkan bakat dan minat terhadap seni tarian Melayu.
Sebanyak 11 sekolah menengah dan 4 Institusi Pengajian Tinggi (IHL) akan menyertai pertandingan itu untuk bersaing bagi merebut hadiah utama.

Sekolah-sekolah menengah yang akan mengambil bahagian adalah Sekolah Menengah Ang Mo Kio, Sekolah Menengah Bedok Green, Sekolah Menengah Bukit Batok, Sekolah Menengah Damai, Sekolah Menengah East Spring, Sekolah Menengah Marsiling, Sekolah Menengah Northland, Sekolah Menengah Tampines, Sekolah Menengah Yishun, Sekolah Menengah Yuan Ching dan Sekolah Menengah Yuying.
Institusi-institusi IHL yang akan bertanding pula adalah ITE Kolej Timur, Politeknik Republik, Politeknik Singapura dan
Politeknik Ngee Ann.
Mutiara Tari 2024 akan dinilai oleh barisan juri yang terdiri daripada Encik Osman Abdul Hamid dari Era Dance Theatre Ltd, Puan Fauziah Hanom Yusof dari Sriwana, Encik Norisham Osman dari The Kaizen M.D. dan Encik Onn Jaafar, tokoh tarian terkenal dari Malaysia.
Cik Marina Yusoff, Pengarah Kreatif Seni Persembahan Sri Warisan Som Said berkata, "Kerjasama dengan WGS untuk menganjurkan Mutiara Tari 2024 akan meningkatkan lagi kesedaran terhadap keindahan tarian dan muzik Melayu tradisional dalam kalangan masyarakat Singapura yang rencam, melangkaui masyarakat Melayu."
"Kerjasama ini juga akan menyediakan platform alternatif selain sekadar aktiviti kokurikulum atau Pesta Belia Singapura; dan memanfaatkan populariti dan kedudukan WGS sebagai tempat yang dikunjungi oleh pelbagai segmen masyarakat, tanpa mengira kaum, agama mahupun usia," tekan Cik Marina selanjutnya.
Jurucakap WGS berkata, “Kami sangat teruja untuk menawarkan platform ini kepada para pelajar untuk mempamerkan minat mereka terhadap seni tarian Melayu. Kami ingin mengundang keluarga, rakan serta peminat dan penggiat budaya untuk menyertai kami dalam menunjukkan sokongan yang padu kepada pelajar berbakat ini."
Pertandingan Mutiara Tari 2024 akan diakhiri dengan 'Joget Zapin' secara beramai-ramai.
Penasihat Utama WGS, Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara Dr Faishal Ibrahim akan menyampaikan anugerah dan hadiah kepada kumpulan dan individu yang memenangi pertandingan tersebut.

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.