11 pusat penjaja, 7 kedai kopi ini benarkan sehingga 5 orang lengkap divaksin makan semeja mulai 23 Nov
Kumpulan pertama 11 pusat penjaja dan tujuh kedai kopi sudah melaksanakan langkah-langkah pemeriksaan vaksinasi yang diperlukan di pintu masuk dan sekali gus boleh membenarkan sehingga lima pelanggan yang lengkap divaksin untuk duduk makan semeja mulai Selasa (23 Nov), menurut NEA dan SFA.

(Gambar: TODAY)
SINGAPURA: Kumpulan pertama 11 pusat penjaja dan tujuh kedai kopi sudah melaksanakan langkah-langkah pemeriksaan vaksinasi yang diperlukan di pintu masuk dan sekali gus boleh membenarkan sehingga lima pelanggan yang lengkap divaksin untuk duduk makan semeja mulai Selasa (23 Nov), menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Sabtu (20 Nov).
11 pusat penjaja itu adalah:
- Pusat Makanan Bedok
- Pasar Beo Crescent
- Pasar Geylang Serai
- Pasar & Pusat Makanan Holland Village
- Pusat Makanan Sementara Market Street
- Pusat Makanan Sembawang Hills
- Pasar Tiong Bahru
- Pusat Penjaja Kampung Admiralty
- Pusat Penjaja Ci Yuan
- Pusat Penjaja @ Hab Tampines Kita
- Pusat Penjaja Pasir Ris Central
Tujuh kedai kopi tersebut adalah:
- Barfood & Co di 1 Cantonment Road
- Goodyear Restaurant Enterprise di 15 Tampines Avenue
- Qi Yiang di 973 Upper Serangoon Road
- B4RI di 362 Tanjong Katong Road
- The Patio di 1018 Sembawang Road
- Satay By The Bay di Taman di Pesisiran
- Makansutra Gluttons Bay di Esplanade Mall
Orang ramai yang mengunjungi tempat-tempat itu sama ada boleh menunjukkan pengesahan vaksinasi melalui aplikasi TraceTogether (TT) atau token TT untuk diimbas ketika di tempat masuk.
Di pusat penjaja, individu lengkap divaksin atau mereka yang layak akan diberikan pelekat untuk mengenal pasti mereka sebagai individu yang boleh makan di premis itu sementara mereka yang belum divaksin atau hanya menerima satu dos vaksin hanya boleh membeli makanan untuk dibawa pulang.
Pegerai tidak perlu memeriksa status vaksinasi pelanggan.
Pusat-pusat penjaja yang lain dijangka melaksanakan langkah pemeriksaan kemasukan yang serupa dan turut boleh membenarkan sehingga lima individu lengkap divaksin untuk makan di premis menjelang 30 November, menurut NEA dan SFA.
Sementara itu, had sekatan dua individu lengkap divaksin terus dilaksanakan di pusat-pusat penjaja yang lain.
Kedai-kedai kopi yang lain juga boleh turut serta dan membenarkan kumpulan sehingga lima orang untuk makan semeja apabila mereka sudah melaksanakan langkah-langkah kawalan sewajarnya, menurut kedua-dua agensi.
Untuk layak, kedai-kedai kopi itu mesti mengawal akses ke dalam premis dengan meletakkan hadangan di sekitar premis dan menyediakan tempat masuk yang khas.
Pengendali juga harus memastikan bahawa akses ke kawasan awam, seperti laluan pejalan kaki di depan kedai kopi tidak terhalang.
Di tempat-tempat masuk, kedai kopi juga harus memeriksa status vaksinasi setiap pengunjung dan mengasingkan pelanggan yang lengkap divaksin dan makan di dalam.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.