11 orang dikejarkan ke hospital susuli nahas kenderaan di KPE

(Gambar: Facebook/Singapore Road Accident)
SINGAPURA: Sebelas orang dikejarkan ke hospital selepas berlaku nahas di Ekspreswe Kallang-Paya Lebar (KPE) paada pagi Rabu (19 Jul).
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pihaknya dimaklumkan tentang kemalangan di KPE menghala ke Ekspreswe Tampines (TPE) sebelum jejambat Buangkok sekitar pukul 7.50 pagi.
Kemalangan itu melibatkan sebuah kereta dan sebuah lori, menurut polis.
Daripada 11 yang cedera, 10 merupakan penumpang lori itu. Mereka berusia antara 22 dengan 42 tahun. Satu lagi mangsa adalah seorang wanita yang merupakan penumpang kereta terlibat.
Menurut polis, siasatan masih dijalankan.

Gambar yang dimuat naik ke media sosial menunjukkan sebuah kereta dengan bahagian bonetnya kemek. Satu lagi gambar menunjukkan sebatang pokok yang tumbang di ekspreswe itu.
Pada Rabu, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) mengeluarkan amaran hujan lebat di Twitter sekitar pukul 8.55 pagi.
"Hujan sederhana hingga lebat beserta guruh dijangkakan di kawasan utara selatan timur dan tengah Singapura antara pukul 9.00 pagi dengan 10.00 pagi. PUB menyatakan banjir kilat mungkin berlaku sekiranya hujan lebat."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.