Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

11 kawasan kejiranan bakal saksikan pertunjukan bunga api pada malam Tahun Baru

Meskipun tiada pertunjukan bunga api di Marina Bay pada malam Tahun Baru disebabkan oleh keprihatinan terhadap kesihatan awam, para penduduk masih boleh menjangkakan pertunjukan bunga api di 11 kawasan kejiranan.

Anggaran Waktu Membaca:
11 kawasan kejiranan bakal saksikan pertunjukan bunga api pada malam Tahun Baru

(Gambar: URA)

Diterbitkan : 23 Dec 2020 10:11PM Dikemas Kini : 23 Dec 2020 10:16PM

SINGAPURA: Meskipun tiada pertunjukan bunga api di Marina Bay pada malam Tahun Baru disebabkan oleh keprihatinan terhadap kesihatan awam, para penduduk masih boleh menjangkakan pertunjukan bunga api di 11 kawasan kejiranan.

Pertunjukan bunga api itu adalah sebahagian daripada program kiraan detik sempena sambutan Tahun Baru yang dianjurkan oleh Persatuan Rakyat (PA).

Langkah itu akan membolehkan para penduduk untuk mengambil bahagian dengan "cara yang selamat" di tengah-tengah penularan COVID-19, menurut PA dalam kenyataan medianya pada Rabu (23 Dis).

"Sedang 2020 bakal melabuhkan tirainya dan kita pula bakal melangkah ke Fasa 3, kita mesti terus berwaspada terutamanya semasa musim perayaan," menurut PA.

Pertunjukan bunga api akan diadakan di Bedok, Bishan, Boon Lay, Geylang, Hougang, Jurong, Tampines, Tiong Bahru, Woodlands, Yew Tee dan di kawasan undi Nanyang di GRC West Coast.

Pertunjukan bunga api itu juga akan disiarkan secara langsung melalui 16 saluran maya yang dianjurkan PA untuk menyambut ketibaan 2021.

Dua acara sedemikian di Punggol Coast dan Nee Soon South akan diadakan pada 27 Dis.

Lagi dua acara seumpama itu akan diadakan di Clementi dan Telok Belangah pada 1 Jan.

Bakinya akan diadakan pada malam Tahun Baru pada 31 Dis 2020.

Sumber : CNA/NA/na

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa