Skip to main content

Singapura

11 diberkas terbabit perjudian haram, kesalahan dadah & langgar peraturan COVID-19 di Zion Road

Seramai 10 lelaki dan seorang wanita ditangkap kerana disyaki terbabit dalam perjudian haram, kesalahan berkaitan dadah dan pelanggaran langkah pengurusan selamat COVID-19, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Selasa (22 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
11 diberkas terbabit perjudian haram, kesalahan dadah & langgar peraturan COVID-19 di Zion Road

(Gambar: SPF)

Diterbitkan : 22 Jun 2021 06:47PM Dikemas Kini : 22 Jun 2021 06:52PM

SINGAPURA: Seramai 10 lelaki dan seorang wanita ditangkap kerana disyaki terbabit dalam perjudian haram, kesalahan berkaitan dadah dan pelanggaran langkah pengurusan selamat COVID-19, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Selasa (22 Jun).

Para pegawai melakukan serbuan di sebuah rumah di Zion Road pada Jumaat (18 Jun) dan menemui 11 orang berusia antara 20 dengan 35 tahun, dipercayai sedang berkumpul dan terbabit dalam aktiviti berkaitan perjudian.

Mereka diberkas dan bahan-bahan dipercayai adalah dadah terkawal, wang tunai, dan perkakas berkaitan perjudian dirampas, menurut SPF dalam satu kenyataan media.

11 individu itu juga akan disiasat kerana tidak mematuhi langkah pengurusan selamat di bawah Peraturan COVID-19 (Langkah Sementara) (Perintah Kawalan) 2020.

Selain itu, lapan daripada individu berkenaan didapati memiliki alat pengewap. Mereka dirujuk kepada Penguasa Sains Kesihatan (HSA) bagi siasatan di bawah Akta Tembakau (Kawalan Pengiklanan dan Penjualan), menurut SPF.

Siasatan masih dijalankan, menurut polis.

Hukuman bagi kesalahan menjadikan sebuah tempat kediaman sebagai sarang perjudian adalah hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda sebanyak S$5,000 hingga S$50,000.

Mereka didapati bersalah kerana berjudi dalam sebuah tempat perjudian tanpa lesen boleh dipenjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$5,000 atau kedua-duanya sekali.

Jika didapati bersalah kerana melanggar langkah jarak selamat, 11 individu itu boleh dihukum penjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$10,000 atau kedua-duanya sekali.

"Polis memandang serius terhadap semua bentuk aktiviti perjudian haram dan akan terus mengambil tindakan penguatkuasaan tegas terhadap mereka yang terbabit, mengikut undang-undang," menurut SPF.

Ia juga menasihatkan orang awam supaya jangan membabitkan diri dalam sebarang bentuk perjudian haram dan mematuhi langkah jarak selamat sedia ada.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita