11 asatizah program PCICS diiktiraf atas pencapaian cemerlang
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: MUIS
SINGAPURA: Ustaz Afzhalul Abdul Jaleel dan Ustazah Nabilah Mohamad Jumli dianugerahi graduan terbaik atau 'valedictorian' dalam kalangan 77 asatizah yang selesai menjalani Program Sijil Possiswazah Islam dalam Masyarakat Kontemporari (PCICS) pada 2022.
Kedua-duanya juga antara 11 asatizah daripada 77 asatizah tersebut, yang diiktiraf atas prestasi cemerlang mereka dalam program itu.
Mereka diraikan dalam satu majlis pada Ahad (26 Feb) di Taman di Persisiran oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).
Ini merupakan kohort ketiga dan keempat bagi program PCICS.
Turut hadir pada sesi itu ialah Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli, Presiden MUIS Mohd Saat Abdul Rahman dan Mufti Singapura Dr Nazirudin Mohd Nasir.

Ustaz Afzhalur merupakan graduan daripada Universiti Kuwait dalam pengajian sastera dan bahasa Arab. Beliau bekerja sebagai guru bahasa Arab di Madrasah Irsyad Zuhri semasa menjalani program PCICS. Berdasarkan penilaian di tempat kerja dan oleh penyelia beliau, Ustaz Afzhalur menyelitkan nasihat mengenai etika hidup dalam masyarakat berbilang bangsa kepada para pelajar.
Beliau juga memperbetulkan salah tanggapan para pelajar dan menggabungkan strategi-strategi mengajar yang dipelajari semasa mengikuti bengkel-bengkel PCICS ke dalam pelajar di madrasah.
Beliau menyerlahkan pemikiran yang lebih matang, keinginan untuk terus mempertingkat diri sebagai seorang guru dan menunjukkan komitmen untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan.
Ustaz Afzhalur juga merebut peluang untuk menyertai sesi perbincangan dan bengkel yang dibuka kepada para penuntut PCICS dan membantu dalam sesi pendampingan para penuntut PCICS.
Ustazah Nabilah pula merupakan graduan daripada Universiti Al-Azhar dalam pengajian teologi Islam. Beliau menjalani latihan amali sebagai seorang wartawan multimedia di Berita Harian.
Beliau menyumbang kandungan agama di media sosial di syarikat tersebut.
Penyelia Ustazah Nabilah memuji ciri-ciri pemikiran kritis, mudah menyesuaikan diri, sikap positif dan keinginan untuk belajar dalam diri beliau.
Hari ini, beliau merupakan subeditor di syarikat itu dan menyumbang kepada masyarakat menerusi penulisan beliau.
Semasa berucap di majlis tersebut, Encik Masagos berkata para asatizah ditempatkan dalam sekitaran kerja sebenar, di mana mereka perlu memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran yang sudah ditimba menerusi PCICS.

Ini termasuk masjid, madrasah, pusat-pusat pendidikan dan FITRAH.
Hasilnya, para asatizah yang mengikuti program tersebut menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dan dipuji oleh majikan masing-masing.
"Sikap positif anda, keinginan untuk sentiasa menimba ilmu, kebijaksanaan dan mudah menyesuaikan diri adalah antara kekuatan yang dimaklumkan oleh para penyelia praktikum.
"Saya berbesar hati apabila mendapat tahu beberapa pertubuhan juga menawarkan peluang pekerjaan kepada selepas praktikum PCICS. Ini bermakna mereka yakin dengan keupayaan anda untuk menyumbang kepada pertubuhan tersebut dan masyarakat secara amnya," kata Encik Masagos.
Program PCICS itu diumumkan pada 2019 sebagai program tambahan wajib bagi mereka yang ingin menjadi asatizah supaya diiktiraf di bawah skim Pengiktirafan Asatizah.
PCICS akan memastikan siswazah dapat meraih pengetahuan dan kemahiran untuk berkhidmat dalam sektor agama dan mendalami pemahaman mereka tentang bagaimana Islam boleh diterapkan dengan berkesan dalam konteks Singapura.

Sumber : BERITA Mediacorp/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.