Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

10,230 kes baru COVID-19 di S'pura; 4 kematian

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 10,230 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Selasa (2 Ogos).

Jumlah kes baru itu terdiri daripada 9,876 jangkitan tempatan dan 354‬ ‬kes import.

Empat kematian dilaporkan.

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru COVID-19 pada 2 Ogos: 10,230
Kes baru tempatan: 9,876
Kes import: 354

Jumlah kes baru Protokol 2: 9,571

Ini terdiri daripada 9,244 kes tempatan dan 327 kes import.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 659 kes disahkan menerusi ujian PCR.

Sebanyak 632 adalah jangkitan tempatan, manakala 27 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,728,995

KEMATIAN

Kes kematian pada 2 Ogos: 4

Jumlah kematian sejauh ini: 1,524

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 0.85, turun sedikit berbanding kadar 0.87 semalam (1 Ogos). 

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar kurang 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin merosot.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 652 pesakit masih dirawat di hospital, turun berbanding 676 yang dicatatkan semalam (1 Ogos).

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 63

Dipantau rapi di ICU: 15

Seramai 6,880 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Isnin (1 Ogos), 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah lengkap dua dos: 93 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 79 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan