1,013 mangsa terjerat skim penipuan kerja online; kerugian bernilai S$17.6 juta sejak Jan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: SPF)
SINGAPURA: Sekurang-kurangnya 1,013 individu terjerat skim penipuan kerja sejak Januari yang memperdayakan mereka dengan menawarkan komisen selepas mereka mengambil bahagian dalam tinjauan, dengan kerugian yang dialami dianggarkan bernilai sekurang-kurangnya S$17.6 juta.
Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Rabu (29 Mac), skim penipuan itu biasanya berlaku seperti berikut:
- Mangsa akan menerima mesej melalui WhatsApp atau Telegram untuk mengambil bahagian dalam tinjauan atau kajian pasaran
- Ia lazimnya kelihatan seperti laman penghantaran makanan seperti Deliveroo dan Food Panda, pelancongan atau acara
- Setelah mereka mengambil bahagian dalam tinjauan tersebut, mangsa akan menerima sejumlah wang atau komisen untuk meyakinkan mereka bahawa aktiviti itu adalah sesuatu yang sah
- Sebaik selesai, mangsa akan menerima mesej daripada kontak lain menerusi WhatsApp atau Telegram yang menawarkan "pekerjaan-pekerjaan lain yang lebih menguntungkan"
- Kontak kedua itu kemudian akan meminta mangsa supaya melakukan tugasan-tugasan seperti "meningkatkan" nilai mata wang kripto atau "memberi rating" mengenai sesuatu aplikasi untuk menaikkan rating mereka di 'app store'
- Untuk melakukan tugasan-tugasan itu, mangsa dikehendaki membuka akaun di laman-laman skim pancingan data dan memindahkan wang ke akaun bank yang disediakan pelaku
- Bagi sesetengah kes, mangsa akan diarahkan supaya memindahkan lebih banyak wang atas pelbagai sebab
Mangsa hanya menyedari bahawa mereka sudah diperdayakan apabila mereka tidak boleh mengeluarkan komisen mereka atau apabila pelaku tidak lagi dapat dihubungi.
SPF menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga seperti memuat naik aplikasi ScamShield dan memastikan para pengguna mengaktifkan ciri-ciri keselamatan.
Orang ramai turut dinasihatkan supaya jangan menghantarkan wang kepada individu yang tidak dikenali atau seseorang yang belum pernah mereka temui secara langsung dan jangan menerima tawaran kerja yang mencurigakan dan menjanjikan bayaran pantas untuk kerja yang tidak seberapa.
Orang ramai digalakkan supaya memberitahu pihak berkuasa, keluarga dan rakan-rakan mereka mengenai skim penipuan dan melaporkan kes-kes sedemikian kepada aplikasi kiriman mesej yang digunakan oleh pelaku seperti WhatsApp dan Telegram.
Sesiapa saja yang mempunyai maklumat mengenai skim penipuan sedemikian boleh menghubungi polis di talian 1800-255-0000 atau menyerahkan maklumat secara online di laman www.police.gov.sg/iwitness.
Untuk maklumat lanjut mengenai skim penipuan, orang ramai boleh melayari www.scamalert.sg atau menghubungi talian bantuan antipenipuan di 1800-722-6688.

Sumber : Today/NY/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.