Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

100,000 kanak-kanak 5-11 tahun sudah dapatkan dos pertama vaksin COVID-19

Lebih 100,000 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) pada Sabtu (15 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
100,000 kanak-kanak 5-11 tahun sudah dapatkan dos pertama vaksin COVID-19

Seorang kanak-kanak mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 pada 27 Dis 2021. (Gambar: Hanidah Amin/CNA)

SINGAPURA: Lebih 100,000 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) pada Sabtu (15 Jan).

Ini bermakna sekitar 40 peratus murid Darjah 1 hingga 6 di sekolah-sekolah rendah MOE sudah mendapatkan suntikan dos pertama mereka.

Program vaksinasi bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun bermula pada 27 Disember lalu.

Pada Isnin (17 Jan), fasa seterusnya bagi program vaksinasi paediatrik akan bermula, dengan kanak-kanak menerima dos kedua vaksin secara bertahap-tahap.

MOE menyatakan "sambutan menggalakkan" bagi aturan vaksin bagi adik-beradik yang bermula pada 10 Januari.

Lebih 2,800 kanak-kanak mendapatkan dos pertama mereka menerusi aturan tersebut pada minggu pertama ia dilaksanakan.

"Secara purata, ini bermakna bagi setiap lima janji temu vaksinasi yang dibuat, kami menyaksikan seorang adik-beradik yang datang untuk mengambil vaksin," menurut MOE.

Dua daripada tiga kanak-kanak dari sekolah pendidikan khas sudah berdaftar untuk mengambil vaksin, menurut MOE.

Kumpulan vaksinasi bergerak yang terdiri daripada kakitangan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) turut dihantar secara bertahap-tahap ke 12 daripada 20 sekolah pendidikan khas sejak Rabu.

Kakitangan itu berpengalaman dalam mengendalikan kanak-kanak berkeperluan khas, menurut MOE.

"Vaksinasi bantu melindungi anak-anak kita serta mereka di sekeliling kita yang tidak dapat mengambil vaksin COVID-19 atas sebab-sebab perubatan," menurut MOE.

"Kami sangat menggalakkan ibu bapa/waris untuk memastikan anak-anak/waris mereka yang layak supaya dapatkan vaksin secepat mungkin, menjelang cuti perayaan di mana akan ada lebih banyak perhimpunan sosial, dan bersiap sedia bagi kemungkinan gelombang jangkitan Omicron."

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan